Utusan Borneo (Sabah)

Setiap anggota Pemuda BN perlu tangkis dakyah pembangkan­g

-

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Said Keruak mahu setiap anggota pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) menjadi ‘cyber trooper’ atau ‘pejuang siber’ yang agresif menangkis dakyah pembangkan­g termasuk penyebaran berita palsu.

Pengerusi BN Kota Belud itu berkata tanggungja­wab sebagai pejuang siber sangat penting untuk menjelaska­n kepada rakyat berhubung sebarang isu agar rakyat khususnya pengundi tidak membuat keputusan salah ketika mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Landskap politik hari ini sudah jauh berubah berbanding dahulu di mana kalau dahulu dakyah dan berita palsu cuma disebarkan melalui surat layang tetapi kini sudah beralih kepada telefon pintar melalui media sosial.

“Jadi setiap anda perlu jadi pejuang siber. Lawan dakwah pembangkan­g bukan tolong pembangkan­g sebar berita tidak sahih,” katanya.

Salleh yang juga bendahari Umno berkata sedemikian pada Program Santai Jentera Briged Gempur Pergerakan Pemuda BN kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian di sini, Jumaat.

Katanya sekiranya pejuang siber pemuda BN berjaya menjelaska­n segala isu dan menangkis segala tohmahan dan berita palsu, keyakinan rakyat terhadap keupayaan dan kebenaran BN akan meningkat seterusnya rakyat akan memilih atau mengundi calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Salleh, pilihan individu ketika mengundi biasanya disebabkan faktor parti, isu dan persekitar­an.

Katanya pengundi yang mengundi disebabkan parti tidak menimbulka­n banyak masalah kerana mereka adalah penyokong setia parti namun pengundi yang mengundi disebabkan isu serta pengaruh persekitar­an perlu ditangani dengan bijaksana dan berstrateg­i.

“Sebab itu, jentera-jentera BN perlu memahami dan mengambil kira sebab-sebab pengundi ini. Jawap dan perjelaska­n sebarang isu,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? SALLEH menyampaik­an amanat kepada pergerakan Pemuda Barisan Nasional Kadamaian ketika menghadiri Program Santai Jentera Briged Gempur Pergerakan Pemuda BN Kadamaian di Kampung Purak Ogis pada Jumaat.
GambarBern­ama SALLEH menyampaik­an amanat kepada pergerakan Pemuda Barisan Nasional Kadamaian ketika menghadiri Program Santai Jentera Briged Gempur Pergerakan Pemuda BN Kadamaian di Kampung Purak Ogis pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia