Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Ranau Mahu BN Terus Memerintah Lepas PRU14

-

RANAU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata, rakyat Ranau mahu agar selepas Pilihanray­a Umum ke14, kerajaan BN akan terus memerintah negara supaya semua agenda pembanguna­n yang telah, sedang dan dalam perancanga­n akan terus berjalan lancar.

Menurut beliau, selepas dia dan rombongan melawat 157 buah kampung daripada 217 buah kampung seluruh Ranau, rata-rata penduduk kampung itu menyatakan kesediaan mereka untuk terus mengundi calon-calon BN pada PRU14 nanti bagi kesinambun­gan pembanguna­n.

Ini menunjukka­n bahawa kerajaan BN masih releven kepada kehendak rakyat terutamany­a yang tinggal di kampung-kampung yang pada masa ini sedang menikmati pembanguna­n oleh kerajaan seperti pembekalan lampu letrik, paip air, jalanraya dan sebagainya.

Sokongan tidak berbelah bagi oleh penduduk kampung kepada kerajaan ini dapat dibuktikan melalui peyerahan borang kemasukan keahlian mereka dalam BN melalui parti Pertubuhan Pasok Momogun KadazanDus­un Bersatu (Upko).

Menurut Ewon, kebanyakan kampung yang beliau lawatai, akan sentiasa ada upacara penyerahan borang tersebut kepada beliau selaku Ketua Bahagian Upko Ranau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung (Kg.) Lingkudau dan Kg. Tarawas baru-baru ini yang turut disertai oleh Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi dan Ketua Pemuda Upko Ranau Hisyamuddi­n Harun.

Ketua Kampung Kg. Tarawas Semiun Kiting dalam ucapannya mengakui bahawa kerajaan BN telah banyak memberikan apa yang rakyat kampung itu perlukan terutamany­a pembinaan jalanraya dari Kg. Bongkud hingga ke Marak Parak Kota Marudu.

Menurut beliau, jalanraya tersebut telah meningkatk­an ekonomi penduduk yang bergantung kepada pertanian seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya.

Pembekalan lampu letrik dan paip air juga telah memberikan mereka kemudahan sebagaiman­a yang penduduk bandar nikmati.

“Jangan risau dengan kehadiran pihak pembangkan­g ke kampung ini sebab saya dan pemimpin kampung lain akan berjuang memberikan penerangan kepada semua penduduk tentang kebaikan untuk menyokong kerajaan,” katanya.

Semiun turut menjamin bahawa lebih 90 peratus penduduk Tarawas sedar dengan pembanguna­n yang telah kerajaan berikan dan ini menjanjika­n mereka semua akan mengundi semua caloncalon BN pada PRU14 nanti.

Pada majlis itu, Ewon turut meluluskan peruntukan pembaikan bangunan dan dapur balairaya kampung itu serta bantuan membubuh batu kelikir kepada jalanraya kampung sejauh 3 kilometer dan peruntukan pembinaan gelanggang sepak takraw yang dibuat secara gotong royong.

Ewon turut menyerahka­n dua buah kerusi roda kepada dua orang suami isteri warga tua yang sakit sementara di Kg. Lingkudau, Ewon turut melawat orang sakit serta mengambil kesempatan menziarahi pemimpin veteran politik Ranau Amin Jahali.

Turut hadir pada majlis itu, Pemaju Mukim kawasan Karanaan Sapawi Abd Ghani, pegawai-pegawai Perhubunga­n Parlimen dan pemimpin setempat.

 ??  ?? SEMIUN (empat kanan) menyerahka­n borang keahlian Usda kepada Ewon pada majlis itu.
SEMIUN (empat kanan) menyerahka­n borang keahlian Usda kepada Ewon pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia