Utusan Borneo (Sabah)

BN Kadamaian yakin menang PRU14

-

KOTA BELUD: Barisan Nasional (BN) berupaya memberi majoriti besar pada Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU14) ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan ditandingi oleh calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) pada PRU14 sebagai kawasan tradisi.

Ahl-ahli diseru berikan sokongan penuh kepada calon BN PBS.

Ketua Bahagian PBS N.7 Kadamaian Demis Rumanti berkata demikian di Program Ramah Mesra Ketua Ketua Cawangan PBSN.7 Kadamaian di Kampung (Kg.) Losou Lama yang dihadiri oleh lebih 300 ahli parti.

Menurut Demis, PBS N.7 Kadamaian telah lama turun padang, memperkasa dan memantapka­n dengan cara holistik mendekati ahli-ahli, penambahan 76 cawangan dan keahlian telah meningkat 6,000 orang.

“Kemenangan akan berpihak kepada calon BN kali ini tambahan pula sokongan dan perpaduan di kalangan ketua-ketua bahagian dari parti komponen iaitu Umno, Upko dan PBRS ditahap terbaik.

“Perpaduan ini bukan sahaja memberikan kemenangan tetapi akan mendapatka­n majoriti yang besar untuk undi DUN dan Parlimen,” kata Demis.

Beliau turut menyeru agar ahli-ahli parti terus menyokong perjuangan BN yang mampu membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara. BN adalah parti yang membawa pembanguna­n dan yang terbaik di bawah pimpinan Perdana Menteri.

Katanya, Program Ramah Mesra yang dianjurkan adalah aktiviti rutin dan turun padang pemimpinpe­mimpin bahagian PBS N7 Kadamaian.

Objektif utama adalah mendekatka­n pemimpin dan ahli parti, dan memberi ceramah berupa ilmu pengetahua­n mengenai penternaka­n burung walit oleh penceramah berpengala­man Datuk Ng Loi Teck.

Beliau menekankan bahawa PBS Kadamaian juga terus menyumbang dalam bentuk penganjura­n pelbagai kursus ekonomi kepada rakyat.

Dalam majlis tersebut PBS turut menyumbang­kan sebanyak 124 kampit beras kepada warga emas.

 ??  ?? DEMIS menyerahka­n sumbangan ikhlas kepada warga emas di Kg. Losou Lama.
DEMIS menyerahka­n sumbangan ikhlas kepada warga emas di Kg. Losou Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia