Utusan Borneo (Sabah)

Kali kedua gempa, malim gunung tenang kawal keadaan

-

KUNDASANG: Pengalaman kali kedua merasai gegaran di Gunung Kinabalu menuntut malim gunung untuk membantu mengawal keadaan susulan gempa bumi sederhana melanda Ranau malam Khamis.

Jemain @ Jabili Midin, 50, berkata walaupun gegaran kali ini tidak sekuat gempa bumi pada 2015, namun beliau masih mempunyai perasaan takut.

“Namun begitu, saya ingat untuk tenang demi pendaki yang berada di situ (Panalaban).

“Biasanya, apabila ada gegaran, kami (malim) bawa pendaki ke lokasi berkumpul yang mana kami akan menenangka­n para pendaki,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Taman Kinabalu di sini.

Jemain antara 42 malim di Laban Rata Resthouse di Panalaban, yang merupakan titik persinggah­an pendaki sebelum melanjutka­n pendakian ke puncak gunung setinggi 4,095 meter itu.

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter menggegark­an Ranau pukul 9.06 malam tadi.

Kejadian itu menyebabka­n beberapa daerah seperti Kudat, Tuaran, Papar, Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Kundasang turut merasai gegarannya.

Seorang lagi malim gunung Hanson Juhili, 35, yang pertama kali merasai gempa bumi di Panalaban, sukar menjelaska­n perasaan takut ketika kejadian malam tadi.

“Apa boleh buat. Keadaan sudah begitu. Mujurlah tiada yang cedera.

“Dalam situasi yang genting itu, kami malim gunung perlu tenang dan mendahuluk­an keselamata­n pendaki,” katanya.

Jomius Binte, 54 pula turut bersyukur keadaan di Panalaban terkawal, walaupun terdapat pendaki yang trauma akibat gegaran kira-kira enam saat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia