Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n kualiti keputusan STPM 2017 terbaik daerah Keningau

-

KENINGAU: Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Keningau mencatatka­n sejarah peningkata­n kualiti keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 dan merupakan sekolah terbaik peringkat daerah ini.

Ketika mengumumka­n secara rasmi keputusan STPM 2017 peringkat daerah Keningau, Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jamilah Talib berkata, berdasarka­n kepada kualiti keputusan STPM 2017, SMK Keningau telah mencatatka­n keputusan terbaik Gred Purata Sekolah (GPS) 2.70 meningkat 0.55 dengan PNGK terbaik 3.83.

“SMJK Ken Hwa dengan GPS 2.67 meningkat 0.30 dengan PNGK terbaik 3.67 (kemanusiaa­n), 2.84 (sains) menduduki tempat kedua sementera SMK Sook GPS 2.59 meningkat 0.5 dengan PNGK terbaik 3.75 menduduki tempat ketiga,” katanya pada Majlis Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaa­n STPM dan Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2017 oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau di sekolah itu di sini pada Rabu.

Majlis Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaa­n STPM dan Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2017 oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau telah diadakan di SMK Keningau.

Beliau yang mewakili Ketua Pegawai PPD Keningau, Masly Wahip berkata, SMK Gunsanad GPS 2.52 meningkat 0.06 dengan PNGK terbaik 3.67 (kemanusiaa­n), 2.59 (sains), disusuli SMK Bingkor GPS 2.43 meningkat 0.03 dengan PNGK terbaik 3.78 dan SMK Keningau II GPS 2.34 merosot 0.10 dengan PNGK terbaik 3.33.

Katanya, tiga buah sekolah, SMJK Ken Hwa, SMK Sook dan SMK Gunsanad telah mencatatka­n 100 peratus lulus.

Jamilah menzahirka­n rasa bangganya dan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para calon STPM 2017 SMK Keningau, terutama Pengetuany­a Haji Ahmud Haji Saribin, Penolong Kanan Tingkatan Enam Abdul Gani Ajim dan guru-guru kerana bersatu hati hingga berjaya mencatatka­n keputusan berkualiti STPM sekolah hingga melepasi KPI Pejabat Pendidikan Daerah dengan 2.50 malah turut melepasi KPI Jabatan Pendidikan Sabah dengan 2.60.

Beliau juga memuji bahawa peningkata­n kualiti GPS 0.55 oleh SMK Keningau merupakan satu angka peningkata­n tertinggi di antara enam buah sekolah yang menawarkan kelas Tingkatan Enam di daerah Keningau.

“Ini menjadikan SMK Keningau mencatat sejarah keputusan STPM 2017 terbaik di daerah Keningau.

“Selain itu, pelajar sekolah ini iaitu Mohd Saiful Jalapar (PNGK 3.83) merupakan pelajar terbaik STPM 2017 dan Noor Emmywatie Kasiman (PNGK 3.75) antara ketiga pelajar terbaik STPM 2017 bagi daerah Keningau,” katanya.

Pengetua SMK Keningau Haji Ahmud Haji Saribin mengumumka­n bahawa seramai 72 orang daripada 73 calon STPM 2017 sekolah ini lulus penuh sekurangku­rangnya satu prinsipal dan hanya seorang pelajar saja yang tidak berjaya.

Katanya, dengan keputusan ini, sekolah mencatat gred purata sekolah (GPS) 2.70 dan peratus lulus 98.5%. GPS meningkat 0.55 berbanding tahun sebelumnya iaitu 2.15.

“Sebelumnya saya telah meletakkan sasaran tiga KPI yang perlu dicapai iaitu pencapaian lulus 100%, peningkata­n gred purata sekolah (GPS) dan peningkata­n purata nilai gred keseluruha­n (PNGK) pelajar, namun pencapaian ini sudah boleh dibanggaka­n,” katanya.

Katanya, seramai 10 pelajar terbaik STPM 2017 SMK Keningau terdiri Mohd Saiful Jalapar (3A dan 1 B+)PNGK 3.83, Noor Emmywatie Kasiman (2A,1 A-,dan 1 B+) PNGK 3.75, Shaz Ivy Sakhardin (4A-) PNGK 3.67, Abdul Aras Wirman (2A,1B+ dan1B) PNGK 3.58, Vedaline Joane Andrey (1A,1A-, 2B+) PNGK 3.58, Nor Aisyah Marzuki (2A-. dan 2B+) PNGK 3.50, Nurasyhika­n Kasman (1A, 1A-1 B+ dan 1B-) PNGK 3.42, Stephannie Lione Stephenson (1A, 2B+ dan 1B) PNGK 3.42, Nur Anis Syazwanie Ramilee (1A- dan 3 B+) PNGK 3.42 dan Rellsi Stephen (1A dan 3B+) PNGK 3.42.

Selain keputusan STPM 2017 katanya, SMK Keningau juga mencatat keputusan yang baik dalam peperiksaa­n MUET 2017 dengan empat orang calon terdiri Rozelle Lius, Melissa Floly, Mohd Azizan dan Ervinaly Renalto mendapat band 4.

Sementara itu, Penolong Kanan Tingkatan Enamsekola­h itu Abdul Gani Ajim bersyukur dan berbangga atas keputusan STPM 2017 para calon sekolah ini hingga mengukir sejarah baru sekolah sebagai terbaik di daerah Keningau.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua calon STPM 2017 dan para guru PRA-U Tingkatan Enam.

Beliau menambah walaupun dengan keadaan bangunan kelas yang serba kekurangan namun pelajar masih juga mampu cemerlang dalam keputusan akademik mereka.

“Saya memohon agar pihak jabatan melalui PPD Keningau agar dapat memberikan sedikit bantuan untuk meningkatk­an kemudahan pembelajar­an di sekolah ini demi keselesaan pelajar untuk belajar,” katanya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG SMK Keningau, KAN Melitus Anastasius, para pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, guru-guru PRAU SMK Keningau, guruguru, AJK PIBG, para calon STPM 2017 dan pelajarpel­ajar tingkatan Enam SMK Keningau.

 ??  ?? JAMILAH dan Ahmud bersama-sama dengan para pegawai dan guru-guru bergambar bersama-sama dengan para pelajar yang mendapat PNGK 3 ke atas selepas majlis itu.
JAMILAH dan Ahmud bersama-sama dengan para pegawai dan guru-guru bergambar bersama-sama dengan para pelajar yang mendapat PNGK 3 ke atas selepas majlis itu.
 ??  ?? AHMUD menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jamilah.
AHMUD menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jamilah.
 ??  ?? MOHD Saiful Jalapar pelajar terbaik dengan mendapat PNGK 3.83 menerima slip keputusan STPM 2017 yang disampaika­n oleh Jamilah sambil disaksikan oleh Ahmud (dua kiri), Ajim (kiri) dan melitus (dua kanan).
MOHD Saiful Jalapar pelajar terbaik dengan mendapat PNGK 3.83 menerima slip keputusan STPM 2017 yang disampaika­n oleh Jamilah sambil disaksikan oleh Ahmud (dua kiri), Ajim (kiri) dan melitus (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia