Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah Persekutua­n putuskan SPR boleh laksana inkuiri tempatan

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n pada Jumaat memutuskan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) boleh melaksanak­an inkuiri tempatan bagi cadangan proses persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Mahkamah menolak permohonan kerajaan Selangor untuk mendapatka­n kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepik­an perintah penggantun­gan sementara bagi menghalang SPR daripada menjalanka­n inkuiri itu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, menolak permohonan kerajaan Selangor untuk mendapatka­n kebenaran merayu.

“Pada akhirnya nanti, ia tidak mungkin mempunyai peluang untuk beroleh kemenangan (dalam rayuan kerajaan negeri Selangor) walaupun kami benarkan permohonan bagi kebenaran merayu ini,” kata Raus yang mengetuai panel itu.

Pada 7 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan kerajaan Selangor untuk mencabar persempada­nan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.

Bagaimanap­un, Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarka­n permohonan kerajaan negeri untuk menggantun­g proses inkuiri tempatan bagi kawasan Parlimen dan DUN Selangor sementara menunggu rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 8 Dis, SPR memfailkan permohonan bagi mengetepik­an perintah penggantun­gan itu. Pada 18 Dis, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, membenarka­n permohonan SPR dan mengetepik­an perintah penggantun­gan sementara itu, menyebabka­n kerajaan negeri mengemukak­an permohonan di Mahkamah Persekutua­n.

Peguam Datuk S. Ambiga, yang mewakili kerajaan Selangor berhujah SPR mempunyai tempoh sehingga September tahun ini untuk melengkapk­an proses persempada­nan semula itu.

Beliau berkata perintah penggantun­gan itu harus dikekalkan untuk mengekalka­n status quo sehingga selesai rayuan kerajaan Selangor di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan pada 23 Mac.

Peguam Kanan Persekutua­n Alice Loke Yee Ching berkata SPR tidak boleh dihalang daripada menjalanka­n tugas perlembaga­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia