Wujudkan tapak kekal Pasarnita
Langkah bantu usahawan wanita pasarkan produk
KOTA KINABALU: Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita (KIW), Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyarankan Kerajaan Negeri supaya mewujudkan kawasan khas untuk dijadikan tapak kekal Pasarnita di Sabah.
Beliau berkata tapak kekal Pasanita itu akan menjadi pusat sehenti bagi wanita memasarkan produk masingmasing yang pastinya akan membantu wanita untuk lebih berjaya dalam bidang keusahawanan.
“Pewujudan Pasarnita ini akan membolehkan wanita menembusi pasaran yang lebih luas apabila mereka berjaya membentu rangkaian perniagaan dengan rakan kerjasama yang lain.
“Langkah ini penting untuk terus memperkasa usahawan wanita. Konsep Pasarnita ini adalah untuk membantu usahawan wanita yang baru memulakan perniagaan,” katanya.
Pasarnita mula diperkenalkan di Malaysia pada 2014 dan sehingga kini, hanya ada dua tapak kekal Pasarnita yang diwujudkan iaitu di Kuala Lumpur dan Terengganu.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid menyarankan usahawan wanitadinegeriinisupayaterus memanfaatkan kewujudan Pusat Pengumpulan Produk yang terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) bagi memasarkan produk mereka ke pasaraya mahupun hypermarket.
Katanya usahawan wanita di negeri ini berdepan beberapa kekangan dalam bidang perniagaan termasuklah kekurangan akses kepada pemasaran dan adaptasi teknologi; kemudahan pembungkusan terhad; serta kesukaran memasuki pasaran lebih luas disebabkan syarat persijilan yang ditetapkan.
Oleh itu, beliau berharap dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam menyelesaikan kekangan yang dihadapi, ia akan membantu memajukan lagi usahawan wanita di negeri ini.
Jainab juga mengingatkan usahawan wanita supaya sentiasa meningkatkan produktiviti mereka dari semasa ke semasa bagi membolehkan produk mereka memasuki pasaran global.