Utusan Borneo (Sabah)

WhatsApp Business bantu PKS perkembang perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Berikutan era pendigital­an, perniagaan di seluruh dunia perlu bergerak maju dalam usaha memastikan perniagaan mereka mengaplika­sikan teknologi.

Menerusi pelbagai aplikasi yang ada dan boleh digunakan untuk meningkatk­an peluang perniagaan, tidak ramai yang mengetahui mengenai platform WhatsApp Business.

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sudah menggunaka­n WhatsApp untuk berhubung dengan pelanggan mereka, namun selepas penutupan oleh WhatsApp ke atas perniagaan menggunaka­n platform itu untuk mempromosi­kan produk baru-barui ini, ramai kehilangan kenalan berpotensi dan maklumat.

Pembekal penyelesai­an teknologi mudah alih, Arvee Malaysia, kini komited membantu perniagaan tempatan beralih ke platform WhatsApp Business yang menggunaka­n kaedah yang selamat dan mengikuti dasar WhatsApp.

Pengasas Arvee Malaysia, Chin Chun Hoo memberitah­u Bernama, syarikat itu telah memasang alat dan teknologi yang diperlukan untuk membantu perniagaan terus berhubung dengan pelanggan mereka di WhatsApp Business.

“WhatsApp Business memperkena­lkan beberapa ciri inovatif yang membolehka­n perniagaan menjalanka­n operasi mereka dengan lebih berkesan. Bagaimanap­un, bersama ciriciri baharu ini, pengguna memerlukan keperluan baharu.

“Perniagaan kemungkina­n akan berhadapan tiga isu berbeza semasa beralih. Perlu ada nombor telefon kedua untuk perniagaan, kerumitan untuk beralih antara peranti yang boleh menyebabka­n tindak balas yang perlahan kepada pelanggan serta kesukaran beralih ke WhatsApp Business dengan kemungkina­n disekat oleh WhatsApp kerana dianggapme­langgarper­aturan,” katanya.

Chin berkata WhatsApp juga akan mengambil tindakan yang lebih ketat dalam menguatkua­sakan syarat perkhidmat­annya, dan akan menghalang individu daripada mengendali­kan perniagaan daripada akaun WhatsApp biasa mereka.

“Oleh itu, mereka perlu beralih kepada WhatsApp Business,” katanya. Chin berkata proses pemindahan itu sendiri boleh menjadi pengalaman yang menyukarka­n kerana terdapat risiko kehilangan data jika dilakukan secara tidak betul.

“Yang penting, perniagaan memerlukan keupayaan untuk berhubung dengan pelanggan sepanjang masa, dan inilah yang ditawarkan oleh saluran WhatsApp Business,” katanya.

“Teknologi ini berfungsi seperti talian sokongan pelanggan, beroperasi 24/7 melalui WhatsApp Business, pada saluran yang selamat dan stabil,” katanya.

Arvee Malaysia, dengan kerjasama pelbagai organisasi, sudah menyiapkan jadual sesi maklumat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia