Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar dan guru hasilkan lukisan mural yang menjadi kebanggaan SM St Anthony Labuan

-

LABUAN: Sekolah Menengah St. Anthony (SAS) telah menyertai Pertanding­an Melukis Mural 1 Malaysia Negaraku Peringkat Kebangsaan pada bulan November 2017.

Penilaian peringkat akhir pertanding­an mural itu telah diadakan pada 28 Januari 2018.

Pertanding­an ini telah disertai hampir 84 buah sekolah di Malaysia dan pemilihan pemenang berdasarka­n dua kategori iaitu undian penonton di facebook (30 peratus) dan markah juri (70 peratus).

SAS telah dinobatkan seLABUAN: bagai pemenang saguhati peringkat kebangsaan dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM750.

Walaupun tidak berjaya meraih tiga tempat teratas, pihak sekolah amat berbangga kerana tersenarai dalam 16 sekolah penerima hadiah saguhati di seluruh negara.

Pihak sekolah mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada guru pembimbing Puan Rosnira Ridzuan selaku guru Pendidikan Seni Visual SAS.

Beliau mendapat sokongan padu daripada Pengetua SAS, Puan Dona Undoh dan Penolong Kanan Kokurikulu­m, Kuanfuh @ Jackson Tondoliu.

Pasukan pelukis mural ini terdiri daripada sekumpulan pelajar Tingkatan Empat dan dibantu oleh beberapa orang guru seperti Puan Kastini Kassim, Puan Faridah Musa dan Puan Roziah Abd Rahman.

Dengan adanya semangat bekerja sepasukan ini maka terhasilla­h lukisan mural yang menjadi kebanggaan seluruh warga sekolah.

Idea asal lukisan mural dihasilkan oleh Puan Rosnira yang akhirnya mendapat nilai tambah dari cadangan AJK PIBG sekolah seperti Puan Sabinda Saidi.

Lukisan mural ini berjaya menarik perhatian para pelawat sekolah ini serta para ibu bapa.

Dona menyatakan rasa syukur kerana guru-guru sekolah ini sentiasa bekerjasam­a dalam melaksanak­an tugasan penting seperti ini.

Begitu juga para pelajar yang sentiasa bersemanga­t untuk mencuba sesuatu yang baru dalam mengetenga­hkan bakat dan potensi masing-masing.

“Syabas dan tahniah kepada guru-guru SAS yang dedikasi dan para pelajar yang kreatif,”katanya.

 ??  ?? GURU dan pelajar menghasilk­an lukisan mural yang menjadi kebanggaan SM St Anthony Labuan.
GURU dan pelajar menghasilk­an lukisan mural yang menjadi kebanggaan SM St Anthony Labuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia