Utusan Borneo (Sabah)

Pemergian Sanusi kehilangan besar buat negara: MB Kedah

-

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatka­n pemergian Tan Sri Sanusi Junid sebagai satu kehilangan yang besar kepada negara khususnya negeri Kedah.

Katanya, banyak jasa yang disumbangk­an Allahyarha­m semasa memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dahulu.

“Allahyarha­m merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa pada negeri dan negara. Beliau sentiasa bekerja keras dan sangat bertanggun­gjawab semasa menjalanka­n tugasnya.

“Saya doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarha­m dan takziah kepada ahli keluarga atas pemergian beliau,” katanya selepas merasmikan pintu baru Sekolah Jenis Kebangsaan Long Chuan di Alor Setar pada Jumaat.

Allahyarha­m meninggal dunia pada usia 75 tahun di kediamanny­a di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan jenazah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Allahyarha­m pernah menjadi Menteri Pembanguna­n Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula menyampaik­an ucapan takziah kepada keluarga Allahyarha­m dan berharap agar rohnya dicucuri rahmat.

“Allahyarha­m merupakan anak jati daerah Yan dan kehilangan­nya pasti memberikan kesan di hati rakyat di daerah ini,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan kepada mangsa ribut di Surau Haji Jaafar, Kampung Gelam dekat Yan pada Jumaat. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia