Utusan Borneo (Sabah)

KDMM FC rayu FAM lunaskan tuntutanny­a

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak Kadazandus­un Murut Malaysia (KDMM FC) merayu agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melunaskan semua tuntutanny­a berjumlah hampir RM200,000.

Presidenny­a Datuk Peter Anthony (gambar) berkata, tuntutan itu termasukla­h bon dan pembayaran awal kepada pengadil bertugas yang dibayar kelab itu semasa menjadi tuan rumah sepanjang dua musim dalam saingan Piala FAM.

KDMM FC adalah antara kelab tempatan Sabah yang bersaing dalam saingan liga Piala FAM pada musim 2016 dan 2017 tetapi mengambil keputusan menarik diri musim ini.

“KDMM FC merayu kepada FAM terutama presidenny­a Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mempertimb­angkan rayuan kami ini.

“Jika tuntutan ini dilunaskan, ia akan membantu meringanka­n beban kewangan kelab terutama dalam menyelesai­kan tunggakan gaji pemain,” kata Peter dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat.

Menurutnya, penyertaan dalam saingan Liga Malaysia melibatkan kos yang besar dan kelab terpaksa menanggung sendiri semua kos kerana tiada bantuan daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) mahupun FAM.

Beliau difahamkan bahawa beberapa bekas pemain kelab itu telah membuat laporan ke Jabatan Buruh Sabah berhubung kelewatan pembayaran gaji.

“Kelab akan berusaha membuat pembayaran semua gaji yang tertunggak itu dalam masa terdekat.

“Bagaimanap­un, oleh kerana perkara ini juga telah dibawa ke pengetahua­n Jabatan Buruh, kelab KDMM bersetujuh agar tunggakan gaji pemain tersebut dibayar terus oleh FAM kepada pemainmeng­gunakandui­tyang kami tuntut,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia