Utusan Borneo (Sabah)

BAM mohon penjelasan BWF

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menghantar surat kepada Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) berhubung tindakanny­a menghalang wakil BAM, Jadadish Chandra menyertai sesi pendengara­n membabitka­n dua pemain Malaysia, di Singapura bulan lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini Jumaat, Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata persatuan itu ingin tahu sebab Chandra disingkirk­an daripada sesi pendengara­n berkenaan.

Pada 27 Feb lepas, BWF melucutkan status Chandra selaku pemerhati bagi pihak BAM pada hari kedua yang juga hari terakhir prosiding pendengara­n dua pemain profesiona­l negara yang didakwa mengatur perlawanan.

Dilaporkan langkah BWF itu susulan bantahan daripada peguam yang mewakili kedua-dua pemain tersebut yang memaklumka­n kepada panel inkuiri bahawa Chandra membuat kenyataan media berhubung prosiding berkenaan.

Media sebelum itu melaporkan prosiding tersebut dijalankan secara sulit dan baik BWF mahupun BAM tidak pernah mengesahka­n nama pemain yang terlibat.

Sementara itu, Mohamad Norza berkata nasib dua pemain profesiona­l tersebut dijangka diketahui dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua pemain itu masing-masing menghadapi enam pertuduhan mengatur perlawanan bagi tempoh 2013 hingga 2016 dan berdepan penggantun­gan seumur hidup oleh BWF jika didapati bersalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia