Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki tetak rakan kerana cemburu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA MARUDU: Seorang lelaki sanggup menetak rakannya akibat cemburu selepas mendengar dakwaan mangsa melakukan hubungan seks dengan kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah berkata, kejadian awal berlaku apabila suspek berumur 50 tahun minum bersama mangsa dan isteri serta ibu mertuanya di sebuah rumah di Kampung Longgom Pitas kira-kira jam 8.30 malam Khamis.

“Semasa sesi minum minuman keras itu, isteri mangsa didakwa bercerita kepada suspek berkenaan mangsa ada membuat hubungan seks dengan ibu mertuanya yang juga berhubunga­n sulit dengan suspek di ladang getah.

“Akibat cemburu dengan kenyataani­tususpekbe­rtindak memarahi mangsa sebelum berlakunya pergaduhan antara mereka,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudianny­a mengambil parang dan cuba menetak suspek sebelum berlakunya pergelutan antara mereka.

“Suspek berjaya merampas parang daripada mangsa dan mengejar mangsa sehingga ke bahagian dapur.

“Pada masa sama isteri mangsa berlari keluar dari rumah untuk meminta pertolonga­n jiran berdekatan dan tiada sesiapa melihat apa seterusnya yang berlaku di dalam rumah terbabit,” katanya.

Katanya, anak buah mangsa hanya melihat suspek keluar dari dapur dan membuang parang dari tangannya serta mendakwa mangsa dibunuh oleh dua lagi individu lain.

“Suspek kemudianny­a melarikan diri dari pintu dapur dan isteri mangsa turut menghilang­kan diri dan tidak balik ke rumah sehingga kini,” katanya.

Tambahnya, pihak hospital mengesahka­n mangsa yang berusia 30 tahun meninggal dunia disebabkan pendarahan yang banyak akibat ditetak di bahagian muka dan perut.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati suspek pernah menjadi rakan sekerja dengan mangsa di ladang kelapa sawit di Pitas dan kerap datang ke rumah mangsa untuk minum minuman keras.

“Hasil maklumat daripada jiran mangsa mendakwa suspek mempunyai hubungan sulit dengan ibu mertua mangsa dan isteri mangsa pula didakwa seorang yang mempunyai masalah mental,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN mangsa yang terlentang di lantai dapur selepas ditetak di bahagian muka dan perut.
KEADAAN mangsa yang terlentang di lantai dapur selepas ditetak di bahagian muka dan perut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia