Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bergegar lagi

-

SELEPAS tiga tahun kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala richter menggegark­an Sabah yang mengorbank­an 18 nyawa di Gunung Kinabalu, gegaran kategori sama mengejutka­n penduduk di negeri ini sekitar pukul 9.06 malam, di sini pada Khamis.

Meskipun begitu, gempa baharu berukuran 5.2 skala Richter dengan kedalaman 5 kilometer yang dilaporkan berlaku di Ranau itu tidak mengakibat­kan sebarang kemalangan jiwa.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, gegaran adalah berpusat di lokasi 6.1 Utara 116.6 Timur, kirakira 16 kilometer Barat Laut Ranau.

Gegaran akibat gempa itu juga dirasai di Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar, Penampang, Keningau, termasuk beberapa kawasan sekitar Kota Marudu dan Lahad Datu.

Difahamkan, kejadian kali ini adalah gempa bumi paling kuat di Sabah selepas gempa bumi 5.9 skala richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 serta beberapa gempa susulan selepas itu.

Gempa susulan seterusnya berlaku sejam selepas gegaran pertama iaitu pada jam 10.53 malam berpusat di lokasi yang sama dengan bacaan 3.2 skala richter dan diikuti beberapa gempa susulan lemah.

Laporan gegaran susulan yang terakhir diterima seawal jam 8.09 pagi pada Jumaat dengan bacaan 3.1 skala richter berpusat di Ranau dan tidak mengakibat­kan sebarang kemalangan jiwa.

Mengimbau kembali tragedi gempa bumi pada 5 Jun 2015 lalu, lapan hari berikutnya iaitu pada 13 Jun berlaku semula gempa susulan berukuran 3.9 skala richter yang direkodkan jam 2.25 pagi.

Empat minit kemudian, gegaran susulan berlaku jam 2.29 pagi berukuran 5.1 skala richter berpusat di 6.2 darjah utara dan 116.5 darjah timur iaitu kira-kira 25 kilometer tenggara Kota Belud dan turut dirasai di Kota Kinabalu, Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatang­an.

Tahun seterusnya iaitu pada 11 Jun 2016, gempa bumi lemah berlaku jam 5.18 pagi yang berukuran 2.3 pada skala richter berpusat di 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 11km barat dari Ranau.

Gegaran gempa bumi lemah berulang kembali pada 31 Jan tahun lepas yang berukuran 3.4 mangnitud dikesan di Ranau dan Kundasang jam 3.44 petang berpusat 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur.

Laporan terakhir diterima pada 1 Sept 2017 yang mana gegaran gempa bumi lemah berukuran 3.9 magnitud skala richter melanda Ranau kirakira jam 11.14 pagi pada jarak 16 kilometer dari barat laut Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia