PIBG SK Sungai Lada sumbang mesin penapis air
Persatuan Ibu BapadanGuru(PIBG)Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lada telah menyumbangkan sebuah mesin penapis air bernilai RM2,500 untuk kegunaan murid dan seluruh warga sekolah.
Ini berikutan saranan seorang bapa ketika menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Lada barubaru ini.
Yang Dipertua PIBG Haji Shuib Nasir berkata, dengan adanya penapis air tersebut, para pelajar dapat menjimatkan perbelanjaan harian persekolahan mereka kerana mereka tidak perlu lagi membeli air minuman sekaligus memastikan air yang mereka minum adalah bersih dan selamat.
Majlis penyerahan mesin penapis air itu disempurnakan oleh Haji Shuib Nasir kepada Guru Besar SK Sungai Lada Maidan Dali Yussof yang disaksikan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Raisin Saidin.
Raisin berkata, kerjasama yang erat antara PIBG dan pihak pentadbiran sekolah amat penting untuk mencapai visi dan misi pendidikan itu sendiri.
Beliau juga turut memuji usaha berterusan PIBG untuk membantu pihak sekolah bukan sahaja dari segi kewangan bahkan turut menyumbang idea dan kepakaran ibu bapa itu sendiri untuk menjadikan SK Sungai Lada semakin dikenali dan maju dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Sementara itu Maidan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Haji Shuib Nasir yang telah banyak membantu pihak sekolah terutama dari segi kewangandalammenyediakan kemudahan yang memberi manfaat kepada muridmurid.
“Tentu sekali mesin penapis air itu akan memberi kemudahan kepada 420 murid dan 32 guru di SK Sungai Lada. Terima kasih saya ucapkan kepada Haji Shuib Nasir,”katanya.