Saingan Mix Veteran bermula hari ini
KOTA KINABALU: Pertembungan antara pasukan Upko Penampang dan Penampang Proper akan menyingkap tirai saingan kategori Mix Veteran Piala Perpaduan Sabah Ke-10 2018 di Stadium Penampang hari ini.
Perlawanan akan dilangsungkan sebaik sahaja kejohanan itu dirasmikan Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun pada jam 3.30 petang.
Perlawanan pembukaan itu menjanjikan pertarungan sengit dan menarik dengan kedua-dua pasukan dibarisi pemain berpengalaman termasuk bekas pemain negeri.
Antara bekas pemain Sabah adalah Yap Wai Loon yang akan mengetuai Upko Penampang dan Sharon Yusof serta Dominic Minci untuk Penampang Proper.
Sehubungan dengan itu, pengerusi penganjur Edwin Jomiji mengalualukan kehadiran orang ramai terutamanya peminat bola sepak di Penampang datang menyaksikan perlawanan pembukaan itu dan perlawanan-perlawanan akan datang.
Kejohanan tahunan itu adalah anjuran Kelab Bola SepakPerpaduanPenampang dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Kompleks Sukan Penampang dan Pejabat Daerah Penampang.
Kategori Mix Veteran disertai 20 pasukan.
Turut dipertandingkan adalah kategori Super Veteran yang disertai 16 pasukan.
Perlawanan pembukaan itu menjanjikan pertarungan sengit dan menarik dengan kedua-dua pasukan dibarisi pemain berpengalaman termasuk bekas pemain negeri.