Kemenangan Arsenal akhiri ‘mimpi ngeri’ Wenger
PARIS: Pengurus Arsenal yang tertekan Arsene Wenger rasa lega selepas pasukannya mencatatkan kemenangan 2-0 yang meyakinkan dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga Europa di AC Milan kelmarin, selepas minggu “mimpi ngeri”.
Henrikh Mkhitaryan meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke15 dengan gol pertamanya untuk kelab, dan Milan yang terkejut ketinggalan lebih jauh lagi sebelum waktu rehat apabila Aaron Ramsey berjaya melepasi barisan pertahanan untuk menyumbat gol.
Wenger amat memerlukan keputusan yang positif selepas dia menerima tekanan setelah mengalami empat kekalahan berturut-turut, dan itulah apa yang dia dapat daripada perlawanan menentang pasukan Milan yang menyaksikan siri tanpa kalah mereka dalam 13 perlawanan berturut-turut berakhir.
“Ia sudah tentulah kemenangan yang penting selepas kami mengalami minggu mimpi ngeri,” kata pengurus berusia 68 tahun dari Perancis itu kepada BT Sport.
“Saya gembira dengan semangat dan respons yang kami berikan. Apabila kita ditumbangkan seperti seorang peninju, kita tidak ada masa untuk bertindak balas dan kita belum lagi angkat sepenuhnya, tetapi kita perlu bertindak balas.
“Maruah dan keinginan kita untuk menunjukkan kualiti perlu menonjol dalam perlawanan.”
Juara Eropah sebanyak tujuh kali bimbingan Gennaro Gattuso itu kini berdepan dengan cabaran yang getir menjelang perlawanan pusingan kedua di Emirates dalam masa tujuh hari lagi.
“Arsenalsedangmengalami waktu yang sangat sukar, tetapi merupakan sebuah pasukan yang hebat, tetapi kami membuat terlalu banyak kesilapan,” kata Gattuso.
Namun Arsenal, 13 mata di belakang kelompok empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris, pasti yakin dapat meneruskan usaha mereka untuk kembali ke Liga JuaraJuara dengan memenangi pertandingan kedua penting di Eropah buat pertama kali.
“Pada keseluruhannya ia adalah penting untuk menang, tetapi ia bukan kelayakan. Kami perlu menyiapkan kerja di stadium sendiri,” ujar Wenger.
Arsenal bermula dengan rancak di San Siro tetapi bernasib baik kerana tidak dikenakan tendangan penalti apabila Hakan Calhanoglou terus berdiri walaupun kelihatan seperti dikasari penjaga gol Arsenal yang meluru keluar, David Ospina.
Hanya beberapa minit sahaja kemudian, Arsenal memecah kebuntuan apabila Mesut Ozil mengumpan bola kepada pemain Armenia, Mkhitaryan, yang dibeli pada Januari lalu daripada Manchester United, untuk masuk ke dalam kawasan penalti dan meledakkan rembatan yang melepasi penjaga gol pasukan tuan rumah Gianluigi Donnarumma setelah bola terkena Leonardo Bonucci.
The Gunners semakin yakin selepas jaringan itu, dan Donnarumma menyelamatkan dua cubaan yang baik pada hujung babak pertama untuk menafikan Calum Chambers dan Danny Welbeck, sebelum Mkhitaryan melakukan cubaan yang terkenal palang gol. Namun pasukan pelawat menggandakan kelebihan mereka sebelum waktu rehat apabila Ramsey mengejar bola lorong Ozil yang sempurna dan mengelecek Donnarumma untuk menolak bola ke dalam gawang kosong.
Giacomo Bonaventura melakukan rembatan yang melambung tinggi pada separuh masa kedua sedangkan dia sepatutnya dapat melakukan cubaan yang lebih baik, manakala Suso melakukan rembatan kaki kiri ke luar untuk lontaran masuk.
Ospina, penjaga gol Colombia, bertindak baik untuk menewaskan Nikola Kalinic dan sampai kepada satu bola lorongan apabila pemain gantian itu kelihatan berpeluangmenjaringkangol, sebelum Arsenal menjamin kemenangan yang amat diperlukan.