Rosairi juara Open Endurocross
Bolot RM3,000 sempena Tenom Edurance Challenge 2018
TENOM: Peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan Rosairi Matlong menjuarai ketegori Open Endurocross Challenge sempena Tenom Edurance Challenge 2018 di Trek Motocrossn Tenom baru baru ini dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, trofi, medal dan hamper.
Naib johan disandang oleh Mohamad Hazwan dari Kudat meraih hadiah wang tunai RM2,000, trofi dan medal, manakala Alex Mark peserta dari Kundasang berada di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan medal.
Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu kategori Open Endurocross Challenge, Open Veteran Endurocross Challenge, Endurocross Challenge 200cc ke bawah, Enduro Cubeross dan kategori Super Veteran 50 ke atas.
Dalam pada itu,
kategori Enduro 200cc ke bawah johan disandang oleh peserta dari Kundasang Alex Mark, menerima hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan hamper, naib johan peserta tuan rumah Tenom Saiful Ikmal Jamal menerima hadiah wang tunai RM800, trofi dan medal dan tempat ketiga Hazwan Lokman mewakili Kudat meraih RM500, trofi dan medal.
Sementara kategori Veteran johan Razali Ali Omar mewakili Tenom, naib johan Adeng @ Zurjuadi Pungot dari Labuan dan ketiga Zulkifli Bujang juga mewakili Labuan.
Kategori Cubcross johan Derrel, naib johan Slwin Horond dan ketiga Mickeroyn Maubin.
Manakala bagi kategori Super Veteran 50 ke atas johan Chong Ket Kiun peserta dari Penampang, Hamsah Kasim peserta dari Lahad Datu naib johan dan ketiga Zack Zakariaj.
Perasmian pertandingan anjuran Kelab Motocross Tenom itu telah dirasmikan oleh CEO Naza Datuk Idz ham Datuk Zaharin, mana pete disempurnakan kala majlis nutupan lah oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar yang juga penaung kelab berkenaan.
Sementara itu Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom mencadangkan agar acara Tenom Edurance Challenge dapat dimasukan dalam kalender pelancongan Sabah sebagai satu prodak baru bagi menarik kedatangan pelancong ke daerah itu.
Menurut Jamawi, bagi tujuaninipihakpenganjurperlumelakukan penambah baikan dalam setiap penganjuran yang diadakan yang bukan sahaja boleh menarik penyertaan peserta tempatan malah peserta dari luar negara. “Jika ini dapat kita laksanakan sudah tentu akan mengangkat daerah ini sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik selain daripada daya tarikan lain yang sudah sedia ada dan ini sekali gus mampu meningkat pertumbuhan ekonomi dan pelancongan,” kata Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Pada majlis itu Jamawi turut menyampaikan hadiahhadiah kepada para pemenang dalam pelbagai ketegori yang dipertandingkan.