300 peserta sertai Sukan KTYS
KOTA KINABALU: Temasya Sukan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) Kali Ke-17 2018 yang berlangsung di sini pada 9-10 Mac melibatkan penyertaan lebih 300 atlet.
Penyertaan itu terdiri daripada 204 pelajar dan 99 kakitangan KTYS di bahagikana kepada empat pasukan rumah sukan iaitu Hijau, Biru, Merah dan Kuning.
Pertandingan diadakan di Kampus Bandaraya KTYS, Sembulan dan Kompleks Sukan Yayasan Sabah di mana sembilan jenis sukan dipertandingkan iaitu boling, futsal, tarik tali, badminton, ping pong, catur, karom, sepak takraw dan bola jaring. Timbalan Ketua Eksekutif KTYS Waky Taim ketika merasmikan sukan itu di Kampus Bandaraya KTYS pada Jumaat berkata, sukan itu adalah platform bagi memilih atlet mewakili KTYS ke kejohanan-kejohanan seperti Sukan Mahasiswa Zon Sabah atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Beliau berharap, persaingan sihat dalam pertandingan kompetitif di sukan itu dapat mencungkil bakat seterusnya mengetengahkan atlet terbaik yang bakal menjadi sandaran KTYS ke kejohanankejohanan akan datang.
Waky juga berharap sukan itu dimanfaatkan untuk memupuk perpaduan, menjalin sifat hormat menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi di antara penganjur, pengurus sukan dan atlet.
Turut bersama pada majlis itu adalah Pendaftar KTYS, Hajah Noor Arfiah Ampong, Pengawal Kewangan Dekan Hal Ehwal Akademik, Petrus Pius Jinuik dan Pengerusi Jawatankuasa Temasya Sukan, Arifin Md Sunoh.