Sukan bentuk generasi berdaya saing
LAHAD DATU: Bersukan dapat membentuk generasi yang berdaya saing demi mengisi keperluan pembangunan dan kemajuan negara, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal.
Menurutnya, kejohanan sukan peringkat sekolah, daerah,negeridanseterusnya kebangsaan bukan sematamata pertandingan mengejar kejuaraan namun secara tidak langsung untuk mencapai pengisian nilainilai murni pelajar.
Katanya, dasar pendidikan negara bukan sahaja menerapkan ilmu di kelas pembelajaran namun melakukannya di luar kelas agar keperluan pembelajaran dipenuhi sepanjang masa.
“Melalui bersukan mereka akan terdedah lebih banyak perkara khususnya yang akan dijadikan input menuju kedewasaan seterusnya menjadi rakyat yang berjasa pada negara suatu masa kelak,” katanya.
Yusof yang juga Ketua Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Lahad Datu di Kompleks Sukan Lahad Datu, dekat sini pada Jumaat.
Menurut Yusof, kerajaan secara berterusan mengisi keperluan pembangunan pendidikan di negara ini kerana menyedari kecemerlangan pendidikan dalam masyarakat dapat memberi kesan positif kepada peningkatan taraf hidup rakyat.
Sejurusitu,pembangunan sukan melalui menaiktaraf dan membina fasiliti bersukan dilakukan.
Kompleks Sukan Lahad Datu yang bernilai RM15 juta mula dimanfaatkan sejak 2015.
Ianya dibina di sepanjang Jalan Pantai dengan keluasan tanah 83 ekar dan dalam fasa pertama projek ini merangkumi pembinaan bangunan utama serta kemudahan sukan dan insfrastruktur asas di atas tanah seluas 22.48 ekar.
Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Pahekan dan atlet negara Rayzam Shah Wan Sofian.