Utusan Borneo (Sabah)

K’JAAN BN TERUS KOMITED

Laksana pembanguna­n di seluruh negeri

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus komited merancang dan melaksanak­an pelbagai pelan pembanguna­n untuk dinikmati negeri ini dan rakyat.

Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman berkata komitmen itu terserlah menerusi pelbagai pembanguna­n yang dilaksanak­an di seluruh negeri.

“Kita ada ‘track record’ kerja yang sudah terbukti menerusi pembanguna­n infrastruk­tur seperti pembinaan surau, masjid, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan sebagainya.

“Ini cara BN, jangan percaya dengan pembangkan­g yang derhaka kepada pemimpin dan parti, gila jadi calon dan kecewa tidak jadi calon, ‘merajuk itu dan merajuk ini’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kawasan Apas di Kg Apas Parit, di sini pada Ahad.

Menurutnya, BN sentiasa positif dan progresif memastikan rakyat khasnya orang muda terbela menerusi program dan perancanga­n memajukan semua tempat di Sabah.

Musa juga berharap rakyat supaya tidak percaya dengan dakwaan pembangkan­g yang mengatakan parti mereka mendapat sokongan ramai, sedangkan situasi itu tidak berlaku.

“Bila di Keningau, mereka kata habis sudah pantai timur ikut pembangkan­g, jika ke pantai timur mereka kata pedalaman ikut pembangkan­g, padahal tidak begitu,” katanya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali dan Ketua Setiausaha kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Turut hadir, pemimpinpe­mimpin pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Tawau serta wakil BN selain penduduk kampung dari sekitar kawasan berhampira­n.

 ??  ?? MUSA berucap sempena majlis pelancaran PDM Kawasan Apas di Kg Apas Parit.
MUSA berucap sempena majlis pelancaran PDM Kawasan Apas di Kg Apas Parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia