Utusan Borneo (Sabah)

Bas pemain Miri FC terbalik, 12 penumpang cedera ringan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PAPAR: Tiada kecederaan parah membabitka­n pemain pasukan bola sepak Miri FC selepas bas ekspres yang dinaiki pasukan berkenaan terlibat dalam kemalangan pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, kemalangan terbabit berlaku di Kilometer 40 Jalan Kimanis-Papar dekat sini.

Selepas menerima maklumat kira-kira jam 9.30 pagi, pihaknya segera ke lokasi kejadian membuat pemeriksaa­n.

Menurutnya, bas ekspres yang membawa seramai 28 penumpang itu terbalik di tengah jalan dan menghalang kedua-dua arah laluan.

Katanya, sebelum kejadian sebuah kereta jenis Toyota Hilux yang berada di belakang bas berkenaan memotong dalam keadaan melulu dan merbahaya.

Akibatnya, pemandu bas berkenaan terpaksa menekan brek beberapa kali hingga bas terbabas dan terbalik.

“Pemandu Hilux terbabit bagaimanap­un tidak berhenti malah terus menghilang­kan diri.

“Seramai 12 penumpang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Daerah Papar.

“Selain pemain, turut berada di dalam bas berkenaan seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun,” katanya mengesahka­n kejadian ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ladamah berkata, bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Keningau menuju ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) selepas selesai perlawanan bola sepak di Keningau pada Sabtu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau turut meminta sesiapa yang menyaksika­n kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat mengenai nombor pendaftara­n kereta Toyota Hilux terbabit.

 ??  ?? BAS ekspres yang membawa pemain pasukan Miri FC terbalik dalam kemalangan itu.
BAS ekspres yang membawa pemain pasukan Miri FC terbalik dalam kemalangan itu.
 ??  ?? LADAMAH (dua kiri) sempatberj­umpadengan beberapa penumpang bas di hospital selepas melawat mangsa yang cedera.
LADAMAH (dua kiri) sempatberj­umpadengan beberapa penumpang bas di hospital selepas melawat mangsa yang cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia