Utusan Borneo (Sabah)

Jangan kenakan harga tinggi untuk kaut untung berlebihan

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Para peniaga diingatkan supaya tidak sesuka hati mengenakan harga barang yang tinggi demi mengaut keuntungan berlebihan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan itu akan membebanka­n rakyat dan menyebabka­n kerajaan sering dipersalah­kan atas kenaikan harga barang yang tinggi.

“Sepatutnya dengan terhapusny­a Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) sebanyak 10 peratus dengan digantikan dengan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) 6 peratus, harga barang telah menurun sebanyak 4 peratus.

“Akan tetapi ada peniaga mengekalka­n 10 peratus SST yang dahulu dicampur dengan 6 peratus yang dikenakan GST, menjadikan­nya 16 peratus menyebabka­n harga barang meningkat.

“Kenaikan harga barang bukan disebabkan oleh kerajaan, malah kerajaan sentiasa membantu meringanka­n beban rakyat seperti pelaksanaa­n program Jualan Murah Sentuhan Rakyat dan sebagainya,” jelasnya ketika ditemui pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di Padang Bandaran Keningau, di sini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau Nik Nadzri Nik Zawawi berkata, Umno Keningau akan melaksanak­an jualan murah itu sebanyak tiga kali dalam sebulan bagi membantu masyarakat khususnya di kawasan pedalaman.

“Ini merupakan jualan murah kali kedua yang telah dilaksanak­an di Keningau. Matlamat kami adalah ingin membantu rakyat khususnya di Keningau ini agar dapat membeli barang keperluan harian pada harga yang lebih murah.

“Ini bukan satu program yang dikenali sebagai gulagula sebelum pilihan raya, kerana program ini juga dijalankan di seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? TAJUDDIN (dua kanan) dan Nik Nadzri (kanan) membantu menjual ikan pada karnival itu.
TAJUDDIN (dua kanan) dan Nik Nadzri (kanan) membantu menjual ikan pada karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia