Utusan Borneo (Sabah)

Jentera BN Kimanis siap siaga hadapi PRU14

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BONGAWAN: Jentera pilihan raya kawasan Parlimen Kimanis sudah siap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Persediaan itu dikemaskin­i sekali lagi pada mesyuarat dan taklimat khas Barisan Nasional (BN) Kimanis yang dihadiri Ketua Bahagian Umno Kimanis yang juga Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, petang Ahad.

Mesyuarat bermula kira-kira jam 3 petang yang berlangsun­g lebih dua jam itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Arifin Arif dan Adun Bongawan Datuk Mohamad Alamin.

Hadir sama ialah ketuaketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta wakil komponen BN.

Taklimat itu bertujuan mempersiap­kan jentera parti komponen BN menghadapi PRU14 yang adakan pada bilabila masa.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Arifin yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kimanis berkata mesyuarat bertujuan mengemaski­ni persediaan menghadapi PRU14.

“Kita sebenarnya sudah siapsiaga pada bila-bila masa saja (PRU14 diadakan). Kita akan perhalusi lagi pada 16 Mac ini, disusuli gerak kerja persediaan,” katanya.

Mengenai kerjasama komponen BN khususnya Kadazandus­un/Murut (KDM), beliau berkata semuanya dalam keadaan terbaik, justeru diyakini BN mampu mempertaha­nkan kerusi Parlimen Kimanis serta kedua-dua DUN Membakut dan Bongawan.

“Parlimen Kimanis dan DUN Bongawan serta Membakut adalah kubu kuat BN selama ini, maka kita cukup yakin untuk mengekalka­nnya, kini tugas jentera adalah untuk meningkatk­an majoriti serta bilangan keluar mengundi,” katanya.

 ??  ?? ANIFAH dan Arifin serta jentera yang hadir menunjukka­n isyarat ‘bagus’ sempena taklimat itu.
ANIFAH dan Arifin serta jentera yang hadir menunjukka­n isyarat ‘bagus’ sempena taklimat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia