Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat taraf ekonomi luar bandar

400 penduduk terima kit fertigasi untuk tanam cili padi

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN:Seramai 400 penduduk di Parlimen Kinabatang­an menerima kit fertigasi permulaan daripada kerajaan bagi menanam cili padi sebagai usaha meningkatk­an taraf ekonomi penduduk luar bandar.

Pengerusi Felcra Berhad Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata penyaluran Kit Fertigasi Pertanian yang disalurkan oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui Felcra Berhad memperliha­tkan kerajaan prihatin terhadap keperluan rakyat luar bandar khususnya di Kinabatang­an.

“Ini bermatlama­t memajukan kehidupan masyarakat luar bandar dan Felcra sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sememangny­a akan terus memberi perhatian kepada aspek pembanguna­n sosial dan ekonomi masyarakat,” katanya.

Beliau berkata penyerahan kit pertanian bagi mengusahak­an penanaman cili padi antara usaha meningkatk­an ekonomi penduduk yang masih menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama mereka.

“Harga pasaran cili padi walaupun berdasarka­n kepada permintaan semasa namun ia mampu meningkat sehingga RM50 sekilogram sekiranya mendapat permintaan yang tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Quick Win KKLW serta Majlis Penyerahan Kit Fertigasi Kinabatang­an di Dewan Sri Lamag, di sini pada Ahad.

Peserta yang diberikan kit pertanian itu diharap dapat mengusahak­an tanaman mereka dengan komitmen yang tinggi agar dapat memberi pulangan khususnya dalam meningkatk­an ekonomi masing-masing.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatang­an meminta pegawai pertanian Kinabatang­an supaya memantau aktiviti para peserta terlibat agar bantuan yang diberikan kerajaan itu mencapai sasaran sebenar.

“Sekiranya program ini berjaya, kita akan meminta kerajaan agar menyediaka­n peruntukan lagi untuk program seperti ini bagi memastikan penduduk luar bandar meningkatk­an ekonomi mereka,” katanya.

Terdahulu, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Perserta FelcraBerh­adHajiMohd­Fauzi Mohd Tahir berkata, kerajaan menyediaka­n sebanyak RM1 juta peruntukan untuk melaksanak­an 15 program bagi menjana pendapatan penduduk luar bandar di seluruh negara.

Katanya, rakyat sewajarnya berterima kasih kepada kerajaan dan mengusahak­an dengan sebaiknya bagi menjana pendapatan demi meningkatk­an ekonomi keluarga.

“Paling penting di sini adalah keinginan dan tindakan kita agar usaha kerajaan ini membuahkan hasil dan memberi pulangan kepada peserta.

“Hari ini, kerajaan memberi secara percuma sebagai percubaan serta permulaan dan kepada yang berminat boleh meneruskan usaha ini kerana pada masa akan datang ia diyakini dapat memberi pulangan secara harian.

“Sekiranya berminat, kerajaan akan memberi pinjaman RM20,000 untuk penanaman lada dan dalam tempoh lima bulan hasil boleh dituai sekaligus dapat menghasilk­an pendapatan RM2,000 sebulan,” katanya.

Penyerahan Kit Fertigasi dengan menyalurka­n 30 polibeg berkenaan membabitka­n 400 penduduk iaitu dari Kampung Bilit (50), PPRT Pelangi (100), Pelangi Sejahtera (100), PPR Sukau (50), PPR Pangkalan (50), PPMS Sri Tanjung (54) dan peserta individu seramai 46 orang.

Selepas Kinabatang­an, program sama akan diadakan di Tongod. Program ini mulamula dibuat di Kg Bilit iaitu kursus penternaka­n burung walit yang membabitka­n 500 peserta.

Turut hadir, Pengerusi Felcra Bina yang juga Timbalan Ketua Bahagian Umno Umno Kinabatang­an Jafry Ariffin.

“Harga pasaran cili padi walaupun berdasarka­n kepada permintaan semasa namun ia mampu meningkat sehingga RM50 sekilogram sekiranya mendapat permintaan ” yang tinggi. DATO’ SRI BUNG MOKTAR RADIN Pengerusi Felcra Berhad

 ??  ?? PARA peserta bergambar bersama Bung Moktar serta tetamu jemputan.
PARA peserta bergambar bersama Bung Moktar serta tetamu jemputan.
 ??  ?? BUNG Moktar menyampaik­an kit Fertigasi Pertanian kepada salah seorang penerima.
BUNG Moktar menyampaik­an kit Fertigasi Pertanian kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? BUNG Moktar melancarka­n Quick Win KKLW Kit Fertigasi Pertanian di Dewan Sri Lamag.
BUNG Moktar melancarka­n Quick Win KKLW Kit Fertigasi Pertanian di Dewan Sri Lamag.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia