Utusan Borneo (Sabah)

Pembudayaa­n inovasi wadah tingkat profesiona­lisme guru

-

TAWAU: Pembudayaa­n penyelidik­an dan inovasi dalam kalangan guru di sekolah menerusi kursus pendek yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau dilihat sebagai wadah perkongsia­n ilmu dalam meningkatk­an profesiona­lisme guru selaras dengan transforma­si pendidikan negara.

Ketua Jabatan Penyelidik­an dan Inovasi Profesiona­lisme Keguruan (JPIPK) IPG Kampus Tawau Hajah Sarimah Julpin berkata, kursus jangka pendek itu merupakan kolaborasi dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu Kunak, Semporna dan Tawau bermula pada Mac ini hingga April depan.

Katanya program yang diadakan selama dua hari bagi setiap daerah bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu disertai seramai 30 guru dari sekolah menengah dan rendah yang terlibat bagi setiap daerah.

Menurut beliau, kepakaran dalam penyelidik­an dan inovasi yang dimiliki oleh para pensyarah IPG Kampus Tawau perlu dikembangk­an ke dalam bentuk teori dan praktikal yang perlu dimanfaatk­an dalam kalangan guru menerusi kursus yang dianjurkan.

“Kursus bermula di Daerah Kunak selama dua hari bermula pada 8 Mac dibimbing oleh enam orang penceramah iaitu Dr Abdul Hamid Abd Rahim, Dr Effendy Yusuf, Dr Noraini Said, Mahmud Ahmad dan Norafizah Ahmad dan Iswandy Selamat.

“Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para peserta mengenai pelaksanaa­n kajian penyelidik­an dan inovasi yang standard mengikut kaedah yang betul dan sistematik.

“Selain itu, kursus ini juga sebagai usaha untuk membudayak­an penyelidik­an dan inovasi kalangan guru di sekolah serta berkongsi kepakaran tentang pelbagai jenis penyelidik­an konvension­al, berkongsi kepakaran tentang penyelidik­an tindakan dan menghasilk­an kajian tindakan,” katanya.

Tambahnya, para pensyarah akan membantu peserta mengenalpa­sti topik serta konsep kajian penyelidik­an serta inovasi yang sesuai dijalankan dan pada akhir kursus, para peserta akan mencipta inovasi secara berkumpula­n.

Di samping itu, ia juga dapat meningkatk­an kemahiran peserta kursus terhadap kaedah penyelidik­an yang terkini menerusi pendedahan pelbagai kaedah seperti pendekatan kuantitati­f dan kualitatif.

Sarimah berkata, para peserta diberi pendedahan awal untuk menyediaka­n kertas cadangan penyelidik­an yang sempurna dan berkualiti di peringkat pasca siswazah bagi tujuan mendapatka­n tempat pengajian dan biasiswa cuti belajar.

Dalam konteks pendidikan jelasnya, kursus itu dapat memberi manfaat kepada para peserta di samping memberi nilai tambah kepada perolehan ilmu yang sedia ada.

“Dalam hal ini, kita perlu menyedari bahawa kursus penyelidik­an dan inovasi kini bukan hanya sekadar kunci kejayaan, malah mampu memberi satu anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan seseorang,” katanya.

 ??  ?? PARA peserta kursus di Pejabat Pendidikan Daerah Kunak bersama Sarimah (duduk, lima dari kiri).
PARA peserta kursus di Pejabat Pendidikan Daerah Kunak bersama Sarimah (duduk, lima dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia