Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa beri kasih sayang kepada anak-anak

-

KOTA KINABALU: Ibu bapa bertanggun­gjawab terhadap anak-anak mereka adalah dengan memberikan kasih sayang yang secucupnya supaya anakanak membesar dengan seimbang dari segi emosi dan jasmani.

Selain itu, ibu bapa hendaklah menyediaka­n keperluan asas yang baik kepada anak-anak mereka sesungguhn­ya keperluan asas yang diperlukan dapat merangsang perkembang­an diri yang seimbang.

Demikian menurut Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun ketika berucap pada Majlis Cukur Jambul Program Keluarga Sakinah anjuran Wanita Usia Pusat dengan kerjasama Wanita Usia Bahagian Penampang dan Kota Kinabalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Putatan pada Sabtu.

Beliau berkata ibu bapa hendaklah memberikan pendidikan dan agama yang secukupnya agar mereka berpeluang mendapat kehidupan yang lebih sempurnadi­masaakanda­tang selain dapat menyumbang kepada pembanguna­n negara, bangsa dan agama.

“Pendidikan anak-anak adalah perkara yang sangat penting dalam keluarga itu dan dalam Islam pun ia menjadi tuntutan terutama pendidikan agama selain tanamkan akhlak yang mulia seperti bersikap jujur, berbakti kepada orang tua, dermawan, menghormat­i yang lebih tua dan sayang kepada yang muda.

“Di samping itu, ibu bapa harus bertanggun­gjawab menjaga keselamata­n anakanak mereka pada setiap masa. Sekarang ini, banyak cerita dan berita kita dengar, ibu bapa mendera anak, suami mendera isteri, anakanak tidak lagi memberikan kasih sayang kepada ibu bapa mereka,” katanya.

Beliau yang juga ketua Wanita Usia Pusat menegaskan sewajarnya ibu bapa turut menyelesai­kan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

“Jangan biarkan anakanak merangka sendiri atau mengatur kehidupan mereka tanpa panduan ibu bapa,” katanya.

Azizah berkata dakwah bermula daripada anak-anak dengan kedua orang ibu bapa mengajak mereka ke arah kebaikan kerana dengan itu saja ia dapat membantu membangun keluarga yang bahagia.

Katanya acara itu akan dijadikan program tahunan agar ia dapat mewujudkan silaturrhi­m dalam kalangan peserta.

Sebelum itu, satu ceramah agama bertajuk ‘Keluarga Bahagia’ telah disampaika­n oleh Ustaz Ikhwan Asngadi, pegawai dakwah Ibu Pejabat Usia.

Lebih 300 orang menghadiri majlis itu termasukla­h Setiausaha Agung Usia Datuk Hamzah Mohd Zakaria.

 ??  ?? AZIZAH mengguntin­g rambut seorang bayi sambil diperhatik­an oleh Hamzah (kanan).
AZIZAH mengguntin­g rambut seorang bayi sambil diperhatik­an oleh Hamzah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia