Utusan Borneo (Sabah)

Sabah mempunyai KM hebat Mampu menyatupad­ukan pelbagai etnik

-

KENINGAU: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatka­n Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri yang hebat kerana berjaya menyatupad­ukan semua etnik di negeri ini.

Katanya, banyak negara di dunia ini bergolak disebabkan pemimpinny­a gagal mengurus perbezaan etnik, budaya dan agama.

“Namun bukan di Sabah, Sabah bersatu padu ... bersatu dalam kepelbagai­an…saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpinpe­mimpin Sabah,”

“Ini adalah contoh (terbaik) di dunia…dunia boleh belajar daripada orang Sabah dan juga orang Keningau,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Malam Festival Kebudayaan Keningau Padalaman Atas 2018 di sini Ahad.

Tajuddin berkata, satu daripada kelebihan yang terdapat di negeri Sabah khususnya di Keningau ialah daerah itu mempunyai kepelbagai­an etnik, kebudayaan dan agama tetapi mereka hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.

“Kualiti ini memberikan kestabilan kepada negeri dan negara…nilai ini tidak terdapat di mana-mana tempat dan negeri yang lain … rakyat Sabah dan khususnya di Keningau benar-benar bersatu membuatkan saya benarbenar kagum dan bersyukur,” katanya.

Beliau memuji pemimpinpe­mimpin di daerah ini khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan Datuk Sairin Karno, Ahli Parlimen Keningau Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta pemimpin-pemimpin lain di semua peringkat kerana berjaya membudayak­an konsep perpaduan yang sebenar kepada rakyat di sini.

Sebanyak 23 tarian pelbagai etnik di seluruh negeri dipertandi­ngkan sepanjang fastival itu yang disifatkan Tajuddin bukan lagi bertaraf negeri atau kebangsaan tetapi bertaraf antarabang­sa.

“Saya sangat berbangga menyaksika­n persembaha­npersembah­an yang dipertandi­ngkan…ini bukan bertaraf negeri atau kebangsaan…ini bertaraf dunia,” katanya.

Padamajlis­ituTajuddi­nturut menyumbang­kan RM50,000 sebagai tanda penghargaa­n ke atas penganjura­n festival bernilai tinggi itu.- Bernama

“Kualiti ini memberikan kestabilan kepada negeri dan negara…nilai ini tidak terdapat di mana-mana tempat dan negeri yang lain … rakyat Sabah dan khususnya di Keningau benar-benar bersatu membuatkan saya ” benar-benar kagum dan bersyukur. DATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia