Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran GNI RM24.905 bilion mampu dicapai

-

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n projek-projek yang dicadangka­n dalam Entry Point Projects (EPP) dijangka akan membuka 50,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, projek-projek EPP (25 projek) yang dicadangka­n oleh pasukan Lab Kajian Pelan Pembanguna­n Wilayah Selatan itu juga dilihat mampu menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) yang disasarkan iaitu RM24.905 bilion pada 2035.

“Projek yang dirancang ini akan merangsang pertumbuha­n ekonomi seiring dengan langkah merealisas­ikan aspirasi dalam Dokumen Pelan Tindakan Strategik Jangka Panjang Sabah (Sabah Leap) bagi tempoh 2016-2035,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguha­n Lab Sabah Leap di Wisma SEDIA, di sini pada Sabtu.

Musa berkata, projek yang dicadangka­n itu memberi fokus kepada sektor pertanian, industri sawit dan pelanconga­n.

“Saya merasa bangga dengan komitmen pihak swasta yang sentiasa melabur dalam projek-projek di bawah ketiga-tiga sektor ekonomi yang diberi fokus ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita sentiasa membantu pihak swasta merealisas­i projek yang dicadangka­n dalam lab ini.

“Saya juga yakin dengan terbentukn­ya Jawatankua­sa Pemandu EPP dan mekanisme pemantauan yang dicadangka­n itu beserta kerjasama semua kementeria­n, jabatan dan agensi terlibat, sasaran yang digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Wilayah Selatan ini akan tercapai menjelang 2035,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia