Utusan Borneo (Sabah)

SICC bakal tingkat kapasiti peluang perniagaan dan pekerjaan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sabah Internatio­nal Convention Centre (SICC) berpotensi meningkatk­an kapasiti peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat apabila siap kelak, sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Yayasan Sabah (YS) Datuk Sapawi Ahmad optimis matlamat itu mampu dicapai menerusi penawaran lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat.

“Pembinaan SICC akan memacu kemajuan di Sabah seiring dengan arus pembanguna­n sosial dan merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Siri Jelajah YS Bersama Rakyat Peringkat Zon Pantai Timur di Padang Bandaran Tawau, di sini pada Ahad.

Menurutnya, SICC mampu menjadi titik tolak kepada ‘high end tourism’ di Sabah dan menaiktara­f Bandaraya Kota Kinabalu, sekaligus menjadi mercu tanda yang akan meletakkan negeri ini di peta dunia.

“SICC dibangunka­n Kumpulan YS dengan sokongan Kerajaan Persekutua­n dan Negeri bakal menjadi hab percambaha­n minda dan salah satu ‘premium product’ di Sabah.

“Ini usaha Kumpulan YS sebagai jentera strategik kerajaan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat dengan mewujudkan industri dan memperluas­kan peluang pekerjaan,” katanya.

Sapawi berkata semua program Kumpulan YS di Zon Pantai Timur Selatan sudah memberi manfaat kepada lebih 154,000 rakyat dengan perbelanja­an lebih RM6.8 juta antara 2003 hingga 2017.

Untuk rekod, program Siri Jelajah YS kali inidisempu­rnakan perasmiann­ya oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Hj Aman, disertai 102 booth pameran pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan.-

 ??  ?? MUSA yang ditemani Sapawi meluangkan masa memberikan nasihat kepada para pencari kerja yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda semasa melawat booth Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
MUSA yang ditemani Sapawi meluangkan masa memberikan nasihat kepada para pencari kerja yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda semasa melawat booth Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia