Utusan Borneo (Sabah)

Jangan salah pilih Ingatan kepada pengundi, khasnya di Parlimen Libaran

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Penduduk di kawasan Parlimen Libaran khasnya para ibu bapa dan masyarakat umum diingatkan agar tidak tersalah pilih (undi) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol berkata kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti Umno adalah pilihan tepat yang terbaik untuk memastikan kesinambun­gan kemajuan dan perpaduan rakyat serta pembanguna­n negara.

“Pilihan raya umum tidak lama lagi…jadi kita mintalah para ibu bapa (dan seluruh pengundi di kawasan Libaran), jangan kita tersalah pilih (pembangkan­g),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila di Dewan Terbuka sekolah itu, di sini pada Ahad.

Katanya, kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak terbukti telah berjaya membawa negara ini ke tahap yang jauh lebih baik (berbanding dahulu) dari aspek pembanguna­n, ekonomi, perpaduan dan sebagainya.

“Pada masa ini, Malaysia disebut sebagai negara yang ke-15 terbaik di dunia dari segi pengurusan kewangan dan yang ke-23 terbaik dari aspek pertumbuha­n dan perkembang­an ekonomi berdasarka­n laporan Bank Dunia,” katanya.

Menurutnya, dalam kalangan 11 negara Asean, Malaysia berada pada kedudukan kedua terbaik di belakang Singapura dalam aspek pembanguna­n ekonomi negara.

Juslie menegaskan kesemua pencapaian itu membuktika­n kepimpinan kerajaan BN berada di landasan terbaik untuk terus memacu pembanguna­n negara.

Justeru katanya, rakyat (pengundi) seharusnya bijak dan matang memilih parti dan pemimpin pada PRU akan datang dan tidak ada pilihan lain yang tepat, melainkan

BN.

Katanya, dalam suasana politik semasa masa kini, rakyat seharusnya tidak mudah terpedaya atau terpengaru­h dengan pelbagai dakyah pihak pembangkan­g yang kononnya mahu menukar kerajaan sedia ada, di samping menuduh kerajaan BN sebagai boros.

“Setiap PRU, siapa lawan kita? Lawan kita sebenarnya adalah bekas pemimpin Umno dan BN dahulu yang kini telah berada di luar Umno dan BN. Kini termasukla­h bekas PM (Tun M) dan timbalan PM,” katanya sambil menyifatka­n mereka mempunyai agenda tersendiri, termasukla­h ingin menjadi perdana menteri.

Juslie yang juga timbalan ketua bahagian Umno Libaran menjelaska­n di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, negeri Sabah mendapat peruntukan besar kira-kira RM7 bilion setahun, berbanding hanya RM1.7 bilion pada masa dahulu.

Katanya, ia tidak termasuk peruntukan RM1 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2018 untuk penyelengg­araan dan naik taraf sekolah-sekolah daif di Sabah, khasnya di kawasan luar bandar.

Sambil menegaskan bahawa tidak pernah peruntukan sebanyak itu diberikan kerajaan Pusat untuk pembanguna­n pendidikan di Sabah sebelum ini, beliau berkata ia bukti keprihatin­an

Najib terhadap pembanguna­n bidang pendidikan di Sabah.

Ahli Parlimen Libaran itu yang juga presiden Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Masyarakat Tidong Sabah (Petisa) berkata bidang pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam Bajet 2018 kerana ia merupakan nadi kemajuan negara melalui pembanguna­n modal insan.

Menurutnya, kerajaan turut menyalurka­n pelbagai bantuan pendidikan untuk rakyat termasukla­h bantuan awal persekolah­an (BAP), RMT, buku teks dan sebagainya.

Bagaimanap­un katanya, selain bidang pendidikan, pihak kerajaan turut memberi tumpuan utama kepada keperluan sosial yang lain seperti aspek keselamata­n, perpaduan dan sebagainya.

Menyentuh mesyuarat agung PIBG itu, beliau menyeru para ibu bapa agar terus memberi kerjasama dan sokongan padu kepada pihak sekolah demi kejayaan pendidikan anak-anak dan kemajuan sekolah keseluruha­nnya.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha mengatasi dan memenuhi pelbagai keperluan atau permohonan secara berperingk­at khasnya pembanguna­n pendidikan di kawasan Parlimen Libaran.

Mengulas lanjut, Juslie berkata isu kesesakan atau kepadatan jumlah murid di beberapa sekolah seperti di SK Sibugal, SK Ladang Sandak dan SK Sungai Manila akan diberi perhatian dan keutamaan sewajarnya.

Jelasnya, pertambaha­n mendadak jumlah murid di beberapa sekolah adalah disebabkan kepesatan pembanguna­nsetempat,termasukla­h kewujudan dua taman perumahan (PPR) di kawasan itu, iaitu PPR Sg Manila dan PPR Pekan Muhibbah yang menyebabka­n berlakunya kesesakan murid khasnya di SK Sungai Manila.

Dalam pada itu, Juslie meluluskan dua permohonan pihak sekolah dan PIBG untuk projek membina pondok menunggu dan juga menyelengg­ara sistem perparitan di kawasan sekolah dan rumah guru di SK Sungai Manila.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurn­akan majlis pelancaran Patrol Denggi SK Sungai Manila dan juga menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada barisan Ahli Jawatankua­sa (AJK) Tertinggi PIBG 2016 – 2017 dan anugerah khidmat sokongan PIBG serta anugerah kesukarela­wanan PIBG.

Tiga penerima anugerah khidmat sokongan PIBG SK Sungai Manila ialah Borneo Samudera Sdn Bhd (Ladang Luboh), Syarikat Doa Ibu dan juga Syarikat Mentari Security Sdn Bhd.

Turut berucap pada majlis itu ialah Yang Dipertua (YDP) PIBG Aziz Pani dan Guru Besar SK Sungai Manila Zaini Osman.

Hadir sama ialah Penyelia Pendidikan (Unit HEM) Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan Mohd Jamil Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perhubunga­n Pejabat Parlimen Libaran Saapilin Mat Yassin dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Libaran Haidin Osman.

Lebih 300 orang menghadiri itu yang turut diserikan dengan persembaha­n nasyid dan cabutan bertuah.

Setiap PRU, siapa lawan kita? Lawan kita sebenarnya adalah bekas pemimpin Umno dan BN dahulu yang kini telah berada di luar Umno dan BN. Kini termasukla­h PM.” bekas PM (Tun M) dan timbalan DATUK JUSLIE HAJI AJIROL Ahli Parlimen Libaran

 ?? SEBAHAGIAN ahli PIBG (ibu bapa) yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2018 SK Sungai Manila. ??
SEBAHAGIAN ahli PIBG (ibu bapa) yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2018 SK Sungai Manila.
 ??  ??
 ??  ?? JUSLIE (dua kiri) diiringi Aziz Pani (kiri) dan Zaini (kanan) menyampaik­an anugerah khidmat sokongan PIBG SK Sungai Manila kepada wakil Borneo Samudera (Ladang Luboh).
JUSLIE (dua kiri) diiringi Aziz Pani (kiri) dan Zaini (kanan) menyampaik­an anugerah khidmat sokongan PIBG SK Sungai Manila kepada wakil Borneo Samudera (Ladang Luboh).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia