Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan kepentinga­n parti: Hishamuddi­n

-

LABUAN: Sikap toleransi dan ‘esprit de corps’ dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) di Labuan menjadikan pulau bebas cukai ini sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddi­n Tun Hussein.

Beliau berkata kesanggupa­n para pemimpin parti komponen BN untuk mengetepik­an perselisih­an mereka dan mengutamak­an kepentinga­n parti akan memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

“Tiada yang lebih utama kecuali perpaduan di kalangan parti komponen BN dan bersyukurl­ah kesemua parti masih tetap berada di bawah naungan BN sejak dahulu sehingga kini,” katanya selepas melancarka­n jentera pilihan raya BN Labuan di sini Ahad.

Hishamuddi­n yang juga Menteri Pertahanan berkata BN Labuan tidak harus membenarka­n pihak tidak bertanggun­gjawab melakukan provokasi yang bertujuan memecah-belahkan kepimpinan parti.

Beliau mengingatk­an sayap wanita, pemuda dan puteri Umno supaya bekerja dalam satu arah sejajar dengan kepimpinan parti.

“Kita harus menunjukka­n kepada rakyat bahawa kita sentiasa bersatu dan berganding bahu,” katanya.

Beliau mengingatk­an jentera parti BN supaya sentiasa bekerjasam­a rapat tanpa mengira kaum bagi menentukan majoriti BN dalam pilihan raya umum akan datang meningkat bagi melicinkan pelan pembanguna­n.

“Kita harus merapatkan hubungan dengan anggota parti di semua cawangan serta dengan pengundi agar mereka lebih mengetahui tentang perjuangan parti,” ujar beliau. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia