Utusan Borneo (Sabah)

Tidak akan berlaku tsunami Melayu di Johor

-

ISKANDAR PUTERI: Tiada tsunami Melayu akan berlaku di Johor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), seperti yang digembar-gemburkan beberapa pihak khususnya pembangkan­g, kata Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Melahirkan keyakinan bahawa negeri kubu kuat Umno itu akan kekal milik Barisan Nasional (BN), beliau berkata Umno Johor mempunyai kekuatan sendiri untuk menghadapi sebarang cabaran daripada parti pembangkan­g yang bertunjang­kan orang Melayu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pas.

Menteri Besar Johor itu berkata pihak pembangkan­g akan sentiasa mencari jalan untuk mensensasi­kan apa sahaja isu untuk mengeliruk­an rakyat dan meraih sokongan.

Masyarakat bukan Melayu, kata beliau seharusnya tidak bimbang lantas terpengaru­h dengan dakwaan parti pembangkan­g yang kononnya akan berlaku tsunami Melayu pada PRU14, bapa kepada segala pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa ini.

“Pokoknya ialah kita selalu beritahu masyarakat Cina dan India, umpamanya, supaya tidak terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat pembangkan­g kononnya akan berlaku tsunami Melayu dan sebagainya.

“Semua itu tidak akan terjadi, ia adalah satu tuduhan yang tidak berasas kerana jika masyarakat bukan Melayu percaya kepada itu, maka akhirnya mereka juga akan rugi,” katanya dalam satu temu bual khas Bernama di pejabatnya, Kota Iskandar, pusat pentadbira­n kerajaan Johor baru-baru ini.

Badan pemikir pembangkan­g, Invoke, barubaru ini meramalkan bahawa Kedah, Perak dan Johor akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan selain mendapat kemenangan besar di Selangor dan Pulau Pinang berikutan tsunami Melayu.

Membentang­kankajisel­idik terhadap 2,000 responden pada forum ‘GE14 Prediction Forum: What The Big Data Tells Us?’ di Kuala Lumpur, Pengarah Invoke Rafizi Ramli berkata kaji selidik mendapati sokongan Melayu terhadap BN menurun kepada 28 peratus bulan lalu berbanding 41 peratus pada Disember tahun lepas.

Sokongan Melayu terhadap pakatan pembangkan­g yang dianggotai DAP, PPBM, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) naik kepada 14.1 peratus berbanding 9.9 peratus dalam tempoh sama. Kajian itu turut mendakwa jumlah pengundi atas pagar meningkat daripada 11.9 peratus kepada 17 peratus.

Pada PRU13, BN memenangi 38 kerusi DUN Johor manakala bakinya 13 dipegang DAP, empat (Pas) dan satu PKR. Berikutan tindakan keluar parti, kedudukan terkini DUN Johor adalah BN mempunyai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia