Utusan Borneo (Sabah)

ROS tidak berat sebelah kepada PBBM: Nur Jazlan

-

JOHOR BAHRU: Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) tidak bersifat berat sebelah malah memberi masa yang banyak kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) untuk menyelesai­kan banyak perkara berhubung pendaftara­n parti berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ROS telah memberikan masa yang banyak kepada PPBM untuk menghantar dan melengkapk­an segala borang dan keperluan berkaitan mesyuarat dan pelantikan di peringkat bahagian hingga ke peringkat pusat.

“Kalau ikut perlembaga­an ROS, PPBM sepatutnya hanya diberikan peluang selama seminggu untuk melengkap dan menghantar butiranbut­iran penting mengenai PPBM tetapi ROS telah bermurah hati memberikan tempoh selama 30 hari.

“Sekarang mereka mendakwa ROS memberikan PPBM tekanan? Kan tak masuk akal? Kenapa dari awal dahulu tidak hantar awal-awal? Kenapa sekarang bila sendiri buat salah kemudian mempertika­ikan perlembaga­an?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai, di sini, Ahad.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai itu turut menasihati Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti menyebarka­n dakwaan palsu mengenai kerajaan dan ROS kerana punca kegagalan pendaftara­n PPBM ketika ini adalah daripada aduan-aduan yang dikeluarka­n oleh ahli parti itu sendiri yang jelas mencermink­an kelemahan kepimpinan PPBM.

Sebaliknya, Dr Mahathir katanya perlu mengingat kembali peristiwa pengharama­n Umno pada tahun 1988 yang ketika itu berada di bawah kepimpinan­nya.

“Mungkin Dr Mahathir sendiri telah lupa, beliau sendiri tahu apa punca Umno diharamkan pada 1988, apatah lagi ketika itu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan presiden Umno ketika itu,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia