Utusan Borneo (Sabah)

Tangani fitnah pihak pembangkan­g

Salleh lancar Kelab Sahabat N87 Zon 1

-

KOTA MARUDU: Kelab Sahabat N87 Zon 1 dilancarka­n Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak di sini, pagi Ahad.

Salleh ketika ditemui media berkata pelancaran kelab itu adalah bagi membantu parti berkenaan menjelaska­n isuisu semasa bagi menangani fitnah pihak pembangkan­g.

“Kita amat gembira kerana kelab ini aktif membantu parti dalam menghadapi pilihan raya umun yang akan datang dan saya yakin dengan pengalaman mereka dapat membantu memberi penjelasan tentang isu-isu serta menangani fitnah dari pihak pembangkan­g. “Ahli kelab ini adalah kumpulan yang setia kepada perjuangan parti sejak dahulu lagi dan sudah tentu dengan keputusan mereka untuk bergerak di peringkat negeri apatah lagi negara menunjukka­n Umno dan BN mempunyai ramai sahabat yang setia memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 20 kelab bahagian telah didaftarka­n dan dikelaskan kepada beberapa zon iaitu Zon 1 (Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Tuaran); Zon 2 (Beaufort, Papar, Sipitang, Kimanis, Zon 3 (Sepanggar, Putatan dan Penampang); Zon 4 (Ranau, Keningau, Tenom, Pesiangan); Zon 5 (Kinabatang­an, Beluran, Libaran); dan Zon 6 (Kalabakan, Tawau, Silam dan Semporna).

Salleh berkata, kelab berkenaan mempunyai 5,000 ahli di seluruh negara yang terdiri daripada pemuda Umno semasa Najib menjadi ketua Pemuda pada 1987 hingga 1993.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Presiden Kelab Sahabat N87 Kebangsaan Datuk Ahmad Ismail dan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Negeri Sabah Mohd Zahari Mohd Zinin.

“Kita amat gembira kerana kelab ini aktif membantu parti dalam menghadapi pilihan raya umun yang akan datang dan saya yakin dengan pengalaman mereka dapat membantu memberi penjelasan tentang isu-isu serta menangani fitnah dari pihak pembangkan­g. ”

 ??  ?? SALLEH (tiga dari kanan) semasa merasmikan Kelab Sahabat N87 Zon 1.
SALLEH (tiga dari kanan) semasa merasmikan Kelab Sahabat N87 Zon 1.
 ??  ?? DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia