Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 466,000 penduduk luar bandar dapat manfaat program CTU

-

SIK:Lebih 466,000 penduduk kawasan pedalaman termasuk masyarakat Orang Asli di seluruh negara mendapat manfaat daripada pelaksanaa­n 84 Program Negaraku: Menghubung Menyatu (CTU) anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) setakat hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata sebanyak 47 menara telekomuni­kasi telahpun dibina serta dinaik taraf manakala sejumlah 540 alat penyiaran satelit dipasang di rumah penduduk B40 yang layak menerusi program yang dilaksanak­an sejak 2016 menggunaka­n pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Program ini merupakan satu ilham daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana kita tahu masih lagi terdapat kawasan-kawasan pedalaman yang jauh ketinggala­n, jadi apabila pihak kementeria­n yang leading program ini, dengan kerjasama pihak-pihak swasta dan sebagainya di bawah Strategi NBOS, kita dapat lihat, maknanya memudahkan kelancaran program NBOS ini.

“Ia tidak terhenti di sini, nanti ada orang bercakap adakah ini program bermusim? Tidak. Ia berterusan di bawah pihak kementeria­n...,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n program itu peringkat negeri di perkaranga­n Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda dekat sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri merangkap Adun Belantik Datuk Mohd Tajudin Abdullah serta Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman. -Bernama

 ??  ?? (Gambar atas) AHMAD (empat dari kanan) dan Zahari (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Salleh (tengah)
(Gambar kiri) SALLEH (tiga dari kanan) menyampaik­an watikah pelantikan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Bahagian Kudat kepada Murtaza Hj Amirdad...
(Gambar atas) AHMAD (empat dari kanan) dan Zahari (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Salleh (tengah) (Gambar kiri) SALLEH (tiga dari kanan) menyampaik­an watikah pelantikan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Bahagian Kudat kepada Murtaza Hj Amirdad...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia