Utusan Borneo (Sabah)

Jakmas adakan Program Ziarah KKTM 3.0

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan dari bilik ke bilik di kolej kediaman berkenaan.

Yang Dipertua Jakmas KKTM Mohammad Azad Hafiz Ismail berkata, ia dinamakan Program Ziarah Warga KKTM 3.0 sebagai salah satu usaha menjaga kebajikan warga kolej KKTM.

“Pada kunjungan ini, agihan bubur ayam KKTM turut diadakan yang dihasilkan sendiri oleh penasihat Kelab Memasak KKTM, Noorazmil Noortar.

“Di samping itu, kita juga beramah mesra tanya khabar dan mendengar segala maklum balas daripada warga kolej kediaman terutama berkaitan perkhidmat­an yang disediakan pihak Jakmas,” katanya.

Katanya, selaras dengan aspirasi Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) ke arah membawa institusi pengajian tinggi Malaysia menuju Revolusi Industri 4.0, Jakmas KKTM turut memanfaatk­an penggunaan telefon pintar menerusi aplikasi Google Form sebagai medium mendapatka­n maklum balas berkaitan program berkenaan.

Sementara itu, Pengetua KKTM Dr Mohamad Nizam Nazarudin berkata, program ziarah seumpama itu penting untuk kesepaduan dan kerjasama penghuni kolej.

Katanya, Konsep gotong royong yang menjadi salah satu pengisian dalam program sedemikian dilihat semakin pupus pada zaman moden ini.

“Justeru, penganjura­nnya satu langkah yang tepat bagi menyemai semula budaya ini khususnya dalam kalangan mahasiwa,” katanya.

Program Ziarah Warga KKTM itu turut mendapat pujian daripada Pengetua Kolej Kediaman Excellent Dr Syahruddin Haji Awang Ahmad.

Majlis perasmian program yang melibatkan lebih 1,500 pelajar kolej kediaman itu disempurna­kan oleh Timbalan Pengetua KKTM Herman Salah.

 ??  ??
 ??  ?? HERMAN (duduk, tengah) merakam gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa pelaksana.
HERMAN (duduk, tengah) merakam gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa pelaksana.
 ??  ?? JAKMAS KKTM sama-sama bergotong royong menyediaka­n bubur ayam.
JAKMAS KKTM sama-sama bergotong royong menyediaka­n bubur ayam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia