Utusan Borneo (Sabah)

Tiada alasan tidak sokong

Kerajaan sedia ada mempunyai dasar yang baik

- HAJIJI (dua kanan) menyampaik­an replika cek kepada Kelab Usahawan Sahabat AIM Cawangan Tuaran.

TUARAN: Rakyat tiada alasan untuk tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan sedia ada mempunyai dasar yang baik untuk membantu rakyat tanpa mengira lapisan masyarakat.

“Pembanguna­n yang dijalankan adalah atas dasar kerajaan BN dan bukan orang lain mahupun pihak pembangkan­g.

“Kita mesti menjadi rakyat yang bersyukur dan berterima kasih atas kemakmuran yang diberikan oleh BN termasukla­h dasar-dasar yang diberikan kerajaan begitu baik sekali.

“Semua dibantu bukan sahaja wanita tetapi segenap laipsan rakyat dari anak kecil yang baru lahir sehinggala­h yang tua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Makan Amal Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Tuaran di sini pada Ahad.

Hajiji berkata rakyat perlu membalas jasa baik kerajaan denganmemb­erikansoko­ngan berterusan kepada BN.

Katanya, rakyat perlu beringat dan berhati-hati dengan para pemimpin pembangkan­g masa kini.

Kerajaan BN jelasnya, menganjurk­an politik pembanguna­n, kemajuan dan bukan politik perpecahan ataupun politik menghasut rakyat yang dianjurkan oleh parti pembangkan­g.

“Pembanguna­n yang dijalankan adalah atas dasar kerajaan BN dan bukan orang lain mahupun pihak pembangkan­g. ” DATUK SERI HAJIJI NOOR

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

“Jangan kita keliru dengan perkara ini kerana macammacam mereka janjikan semata-mata untuk mendapat sokongan daripada rakyat.

“Kerajaan pada hari ini telah melakukan yang terbaik kepada negara termasukla­h berjaya menyatupad­ukan rakyat pelbagai kaum, keturunan dan kepercayaa­n,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Hajiji berkesempa­tan menyampaik­an sumbangan kepada Kelab Usahawan Sabahabt AIM Cawangan Tuaran berjumlah RM15,000.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia