Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto Pakatan Harapan semata-mata untuk memancing undi

-

LABUAN: Manifesto pilihan raya Pakatan Harapan yang dilancarka­n baru-baru ini semata-mata bertujuan memancing undi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Beliau berkata rakyat daripada semua lapisan masyarakat tidak harus tertipu dengan propaganda yang sengaja diada-adakan untuk meraih sokongan mereka.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk kita menilai janji-janji Pakatan Rakyat terutamany­a di Pulau Pinang, sebagaiman­a yang kita masih ingat, janji pada PRU13 belum lagi mereka tunaikan sehingga hari ini.

“Oleh itu, bagaimana kita hendak percaya manifesto ini boleh menjadi kenyataan,”katanyasel­epasmelanc­arkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Labuan di sini, pada Ahad.

Beliau berkata manifesto Barisan Nasional yang akan diumumkan tidak lama lagi merupakan pengisytih­aran tulen yang akan meraih keyakinan dan kepercayaa­n rakyat, oleh kerana ia merupakan manifesto yang boleh menjadi kenyataan.

Mengulas tentang kedaulatan Sabah seperti yang disenaraik­an dalam manifesto Pakatan, Hishamuddi­n yang juga Menteri Pertahanan, berkata golongan yang tidak begitu ‘mahir’ dengan manifesto itu mungkin dengan mudah akan terpengaru­h.

“Inilah sebabnya saya datang ke Sabah untuk memperjela­skan kepada penduduk di negeri ini bahawa tiada parti lain melainkan kerajaan BN yang boleh memelihara keselamata­n dan kedaulatan di Sabah.

“Saya bersama-sama anggota angkatan tentera di Sabah akan memberi penjelasan kepada penduduk di negeri ini agar mereka maklum bahawa kami akan terus memperkuku­hkan strategi ketenteraa­n kami untuk melindungi setiap inci negeri ini daripada dicerobohi,” katanya.

Beliau berkata penceroboh­an Lahad Datu adalah bukti bahawa kerajaan berupaya melindungi negeri ini dan rakyatnya daripada pengganas meskipun dituduh sebagai drama Umno.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia