Utusan Borneo (Sabah)

Program Jualan Sentuhan Rakyat akan diperluas ke Sabah dan Sarawak

-

BAGAN DATUK:Program Jualan Sentuhan Rakyat yang dilaksanak­an kerajaan akan diperluask­an ke Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dengan pelaksanaa­n program itu di kedua-dua negeri itu tidak lama lagi, ia akan membantu rakyat menikmati kemudahan membeli barangan dengan harga yang lebih murah bagi mengurangk­an kos sara hidup mereka.

“Mana nak dapat beli ayam seekor dengan harga RM5, daging RM10, telur sepapan dengan harga hanya RM5 sahaja.… semua ini dapat dibeli melalui program ini sahaja.

Menerusi penganjura­n program ini, barangan dijual dengan harga yang munasabah dan dijual dengan harga yang lebih rendah 50 hingga 70 peratus daripada harga pasaran,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata demikian selepas meninjau program berkenaan di perkaranga­n Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di Rungkup di sini, pada Ahad.

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh.

Menurut Ahmad Zahid, pelaksanaa­n program tersebut merupakan manifestas­i keprihatin­an kerajaan yang dilihat mampu mengurangk­an bebanan kos sara hidup rakyat di negara ini.

Sementara itu, Hamzah berkata harga barangan yang dijual pada program itu merupakan yang termurah setakat ini.

“Ini menunjukka­n Datuk Seri (Ahmad Zahid) benar-benar prihatin terhadap masyarakat di kawasan ini,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia