Utusan Borneo (Sabah)

BN sasar menang besar kerusi parlimen

-

TUARAN:PengerusiB­NParlimen Tuaran Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor berkata sasaran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan sekadar menang tetapi menang dengan majoriti dua pertiga.

“Soal kemenangan dan membentuk semula kerajaan di peringkat Pusat mahupun negeri tidak lagi timbul. Apa yang kita mahu sekarang ialah menang dengan majoriti dua pertiga kerusi parlimen atau menang dengan lebih besar di peringkat negeri berbanding pencapaian PRU13,” katanya.

Beliau yang juga Adun Sulaman dan ketua bahagian Umno Tuaran berkata demikian ketika merasmikan serentak dua cawangan baharu Umno, iaitu Marabahai/Bawang Sarayo dan Panjut, di sini pada Sabtu.

Berhubung manifesto pihak pembangkan­g dan janji manis mereka, Hajiji berkata, “Mereka boleh terus bermimpi atau berhayal.”

Keyakinan beliau adalah berdasarka­n fakta bahawa semakin hari semakin ramai rakyat menyedari perjuangan dan jasa BN serta mengambil keputusan untuk menyokongn­ya.

Beliau mengambil contoh penubuhan dua cawanagan yang dirasmikan beliau itu.

“Penubuhan cawangan Marabahai/Bawang Sarayo dan Panjut amatlah bererti kerana majoriti pendudukny­a terdiri daripada suku kaum Dusun amnya dan Lotud khususnya.

“Ini sekali lagi membuktika­n bahawa Umno bukan sahaja mendapat sambutan suku kaum bumiputera Islam Sabah tetapi juga bukan Islam.

“Sebenarnya, ramai pemimpin atau pengikut umno di Sabah adalah bumiputera bukan Islam. Contohnya, ketua Umno Penampang, Tenom dan Beluran,” katanya.

Mengenai cawangan Marabahai, Hajiji berasa terharu kerana cawangan itu diketuai oleh anak mendiang Aning Atam, orang kuat zaman Usno dahulu dan salah seorang pemimpin kaum Dusun Lotud yang berwibawa ketika itu.

“Rupa-rupanya legasi mendiang Aning itu hari ini diteruskan oleh anaknya melalui Umno. Umum ketahui bahawa Umno adalah pengganti Usno di Sabah,” katanya yang memulakan karier politiknya sebagai Adun Usno pada 1990.

Sungguhpun bukan semua anak Aning dalam Umno hari ini, rata-rata mereka sokong BN melalui parti komponen lain seperti Upko.

Hadir sama di majlis itu ialah Pemangku Presiden Upko merangkapK­etuaUpkoTa­mparuli Datuk Wilfred Madius Tangau, Ketua PBS Tamparuli Datuk Jahid Jahim, Ketua PBS Sulaman Stephen Ebon Sayah dan Ketua PBRS Handry Luaran.

Hampir 300 ahli baharu dari Marabahai dan Panjut memohon untuk menyertai Umno pada majlis itu. Borang penyertaan mereka telah disampaika­n oleh Reyson Valen dengan disaksikan oleh Pengerusi Cawangan Marabahai Aradin Aning dan Pengerusi Panjut Louis Lidong.

 ??  ?? REYSON yang mewakili hampir 300 ahli baharu Umno menyerahka­n borang penyertaan kepada Hajiji.
REYSON yang mewakili hampir 300 ahli baharu Umno menyerahka­n borang penyertaan kepada Hajiji.
 ??  ?? HAJIJI (duduk, kanan) bersama Madius (duduk, kiri), Aradin (berdiri, kanan) dan kakaknya Lyrah Aning (berdiri, kiri).
HAJIJI (duduk, kanan) bersama Madius (duduk, kiri), Aradin (berdiri, kanan) dan kakaknya Lyrah Aning (berdiri, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia