Utusan Borneo (Sabah)

104 sertai Tamaha Food Race

- Oleh ALFRED PETRUS

SERAMAI 104 orang mengambil bahagian dalam pertanding­an Tamaha Food Race pertama pada Sabtu.

Tamaha Food Race yang dianjurkan oleh Sri Pelanconga­n Sabah dan Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) itu adalah bersempena sambutan 100 Tahun bangunan STB.

Pertanding­an seumpama The Amazing Race itu lebih tertumpu kepada cabaran menghabisk­an makanan di setiap perhentian yang ditetapkan.

Para peserta dibahagika­n kepada 26 kumpulan dengan berahlikan empat orang yang perlu mencari sendiri lokasi makanan melalui petunjuk yang disediakan oleh penganjur.

Selepas mengetahui lokasi cabaran, peserta perlu bergerak ke tempat berkenaan dengan menggunaka­n perkhidmat­an

Uber, berlari atau berjalan.

Peserta mula dilepaskan di perkaranga­n STB pada jam 9 pagi dan bergerak dalam kumpulan untuk menghabisk­an 12 makanan di tempat

berasingan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan Penampang. Pelepasan disempurna­kan oleh Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai. Sebelum menamatkan perlumbaan di STB, peserta perlu memuat naik gambar cabaran yang dilalui di Instagram semasa atau selepas selesai menyempurn­akan cabaran.

Cabaran-cabaran makanan yang disediakan adalah seperti makanan tempatan mahupun makanan luar negeri.

Dalam pada itu, kumpulan BRRKATAI1 dinobatkan sebagai juara Tamaha Food Race pertama dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Hadiah tempat kedua iaitu RM600 dimenangi oleh kumpulan The Friendster dan tempat ketiga oleh Godo’otz (RM400).

Sementara itu, salah seorang peserta #teamginawo

Alison Marie Blantocas, 32, menyifatka­n pertanding­an yang menyeronok­kan. Katanya selain bertanding secara sihat dengan 25 kumpulan lain, dia dapat manjalin persahabat­an dengan peserta lain.

“Rasa seronok sebab sesuatu yang lain daripada yang lain. Kami dapat mengeratka­n persahabat­an dan persaudara­an sambil berkongsi minat dalam kumpulan iaitu makanan. “Walaupun tidak mendapat johan mahupun kedua atau ketiga, kami sekumpulan tetap menghabisk­an semua cabaran yang diberikan termasukla­h memakan butod (ulat sagu) di cabaran yang terakhir,” katanya.

Rasa seronok sebab sesuatu yang lain daripada yang lain. Kami dapat mengeratka­n persahabat­an dan persaudara­an sambil berkongsi minat dalam kumpulan iaitu makanan. ALISON MARIE BLANTOCAS Peserta #teamginawo

 ??  ?? CABARAN terakhir memakan butod. SEMANGAT berkumpula­n bersama-sama menyempurn­akan cabaran.
CABARAN terakhir memakan butod. SEMANGAT berkumpula­n bersama-sama menyempurn­akan cabaran.
 ??  ?? SETIAP kumpulan perlu menghabisk­an sebotor air oren sebagai salah satu cabaran pertanding­an.
SETIAP kumpulan perlu menghabisk­an sebotor air oren sebagai salah satu cabaran pertanding­an.
 ??  ?? PESERTA merakamkan gambar aksi memakan sepinggan besar spageti sebelum meneruskan cabaran lain.
PESERTA merakamkan gambar aksi memakan sepinggan besar spageti sebelum meneruskan cabaran lain.
 ??  ?? SELAIN makan, peserta juga perlu melalui cabaran menyediaka­n makanan sendiri seperti ambuyat.
SELAIN makan, peserta juga perlu melalui cabaran menyediaka­n makanan sendiri seperti ambuyat.
 ??  ?? SEMANGKUK biskut perlu dihabiskan sebagai cabaran pertama. program berkenaan adalah satu
SEMANGKUK biskut perlu dihabiskan sebagai cabaran pertama. program berkenaan adalah satu
 ??  ?? DUAorangda­ripadaseti­apkumpulan­perlumengh­abiskan semangkuk tomyam.
DUAorangda­ripadaseti­apkumpulan­perlumengh­abiskan semangkuk tomyam.
 ??  ?? KUIH karipap dan keropok lekor antara makanan yang perlu dihabiskan.
KUIH karipap dan keropok lekor antara makanan yang perlu dihabiskan.
 ??  ?? SALAH seorang peserta bersemanga­t menghabisk­an makanan pada cabaran ketiga.
SALAH seorang peserta bersemanga­t menghabisk­an makanan pada cabaran ketiga.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia