Utusan Borneo (Sabah)

‘Angan-angan, khayalan pembangkan­g’

Sapawi sifatkan manifesto PH di luar jangkauan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Manifesto Pakatan Harapan (PH) hanyalah satu anganangan dan khayalan di luar jangkauan pembangkan­g, kata Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Hj Ahmad.

Beliau berkata apa yang ditawarkan dalam manifesto pembangkan­g itu tidak lebih daripada pancingan untuk meraih simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“ManifestoP­akatanHara­pan itu di luar jangkauan mereka, hanya satu angan-angan dan khayalan, sedangkan mereka tidak capai satu tahap yang boleh menjadi `role model’ berbanding apa yang mampu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Pengiran Omar (SMPO) di sini, sebagai mengulas manifesto PH yang dilancarka­n beberapa hari lalu.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, BN sudah mempunyai ‘track record’ membawa kesejahter­aan untuk rakyat dan ia diyakini akan menjadi teras utama dalam manifesto BN nanti.

Beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan aspek kesejahter­aan rakyat menjadi intipati dalam manifesto BN nanti, termasukla­h berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, aspek berkaitan MA63 itu akan menjadi kandungan manifesto BN walaupun pada hakikatnya

“Semestinya, rakyat Sabah akan lebih meyakini manifesto BN yang berpaksi kepentinga­nrakyat,seiringkom­itmenPerda­na Menteri yang janjinya tetap ditepati.

DATUK SAPAWI HJ AHMAD Ketua Penerangan Umno Sabah

sebahagian besar sudah dipenuhi oleh kerajaan menerusi pelbagai kaedah, termasuk pembanguna­n infrastruk­tur, pendidikan dan kesihatan.

“Semestinya, rakyat Sabah akan lebih meyakini manifesto BN yang berpaksi kepentinga­n rakyat, seiring komitmen Perdana Menteri yang janjinya tetap ditepati,” katanya.

Merujuk perancanga­n PH untuk mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam MA63, Sapawi berkata ia adalah semata-mata untuk menjadi populis bagi mendapatka­n perhatian rakyat, sedangkan kerajaanBN­sudahmenun­aikan sebahagian besar apa yang terkandung dalam perjanjian itu menerusi pelbagai cara dan kaedah.

 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an sumbangan PIBG berupa peralatan sukan kepada Kelab Memanah SMK Pangiran Omar.
SAPAWI menyampaik­an sumbangan PIBG berupa peralatan sukan kepada Kelab Memanah SMK Pangiran Omar.
 ??  ?? SAPAWI berkata sesuatu kepada pemberita.
SAPAWI berkata sesuatu kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia