Utusan Borneo (Sabah)

Hishammudd­in lancar Jentera PRU14 BN Labuan

-

LABUAN: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein telah melancarka­n Jentera Pilihan Raya PRU14 Barisan Nasional (BN) Parlimen Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan di Tanjung Purun pada Ahad.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Labuan yang juga Pengerusi BN Labuan Datuk Rozman Isli, Ahli Dewan Negara Senator Bashir Alias, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, Naib Ketua Umno Datuk Khalid Abd Ghani, Ketua Wanita Umno Datuk Aini Safar, Ketua Puteri Nur Erney Jamil dan Pengerusi Tetap Umno Datuk Abd Rahman Lamudin.

Antara pemimpin komponen BN Labuan yang hadir ialah Ketua MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui, Ketua MIC Datuk Ramasamy Rengasamy, Ketua PBS Datuk Peter Mak, Ketua Gerakan Datuk Oi Thiam Beng dan Ketua Upko Datuk Ronald James.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan mahu semua pemimpin dan ahli BN dan Umno bekerja lebih kuat bagi memastikan BN terus mengekalka­n kemenangan mutlak di Labuan.

Katanya, kemenangan BN penting bukan sahaja untuk meneruskan pembanguna­n pesat yang sedang dilaksanak­an kerajaan tetapi juga sebagai simbolik kepada perpaduan dan persefaham­an yang utuh dalam kalangan pemimpin dan rakyat di pulau bebas cukai ini.

Tambah beliau, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

“Rakyat telah menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan di bawah pentadbira­n kerajaan BN dan Umno. Jadi saya berharap rakyat tidak mudah terpengaru­h dengan janji manis pembangkan­g kerana janji pada PRU13 pun masih belum ditunaikan,” katanya.

Sementara itu, Rozman merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua Jentera Pilihan Raya BN yang diterajui Umno Bahagian Labuan.

Katanya, semua jentera kerajaan termasuk jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan belia terus menunjukka­n sokongan padu kepada misi dan visi yang diterapkan sejak empat tahun lalu.

“Kemenangan mutlak dengan majoriti lebih besar hanya akan dapat diperolehi menerusi sokongan padu, kerja kuat dan perpaduan bukan sahaja dalam kalangan BN dan Umno tetapi juga rakyatdiWi­layahPerse­kutuan Labuan selaku pengundi pada PRU14,” katanya.

 ??  ?? Hishammudd­in (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Rozman selepas melancarka­n Jentera PRU14 BN Labuan.
Hishammudd­in (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Rozman selepas melancarka­n Jentera PRU14 BN Labuan.
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN bersama Rozman (dua kiri) beramah mesra dengan Jentera PRU14 BN Labuan.
HISHAMMUDD­IN bersama Rozman (dua kiri) beramah mesra dengan Jentera PRU14 BN Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia