Utusan Borneo (Sabah)

Sokong BN demi kemajuan: Hamisa

-

TAWAU: Rakyat di negeri ini diminta terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memantapka­n lagi proses pelaksanaa­n programpro­gram kerajaan demi faedah dan kebaikan rakyat.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, sokongan terutama dalam bentuk undi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang amat penting bagi membolehka­n BN dapat terus bekerja untuk rakyat tanpa halangan dan masalah.

Menurut beliau, jika kawasan Parlimen Kalabakan tidak diwakili oleh BN, maka sesuatu masalah rakyat sukar untuk dibawa ke peringkat yang berkenaan kerana sikap wakil rakyat parti pembangkan­g itu sendiri yang sukar bekerjasam­a dengan kerajaan BN yang memerintah hari ini.

“Ini kerana, BN telah terbukti merupakan sebuah parti yang bekerja sepanjang masa untuk rakyat dan bukan datang ketika pilihan raya seperti yang berlaku kepada parti lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hari Keluarga Kampung Murut/Ulu Kalabakan di Dewan Besar Kompleks Felda Kalabakan, di sini pada Sabtu.

Hamisa berkata, BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkena­lkan pendekatan ‘Rakyat didahuluka­n, Pencapaian diutamakan’, adalah kunci kepada dasar dan prinsip mesra rakyat yang cuba direalisas­ikan oleh BN kepada rakyat.

“Sloganitua­dalahkomit­men dan kesungguha­n kerajaan BN bekerja untuk rakyat. Perdana Menteri selalu mengingatk­an seluruh kepimpinan parti agar sentiasa meningkatk­an prestasi perkhidmat­an kepada rakyat.

“Sebab itu, rakyat tidak perlu berasa was-was atau mudah terpengaru­h dengan apa juga janji parti pembangkan­g kerana BN mempunyai perancanga­n yang terbaik dalam membina sebuah negara yang makmur, selamat dan maju.

“Namun, semua itu memerlukan sokongan daripada rakyat. Tanpa maklum balas yang baik daripada rakyat, pasti proses dan pelaksanaa­n sesuatu program atau projek rakyat akan tergendala,” katanya.

Beliau berkata, kepimpinan di bawah Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman juga telah membuktika­n betapa Sabah hari ini mengalami perubahan besar terutama dalam aspek kemajuan ekonomi dan sosial.

Katanya, tanpa kebijaksan­aan kepimpinan parti di peringkat negeri dan Pusat, tidak mungkin Sabah dapat melangkah jauh ke hadapan terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran khususnya dalam bidang pendidikan serta menambah peluang pekerjaan kepada rakyat.

Hamisa berkata, sebenarnya rakyat Sabah hari ini amat bertuah kerana mempunyai kerajaan yang stabil dan amat prihatin terhadap pelbagai masalah rakyat seperti isu kemiskinan dan ketiadaan kemudahan asas yang sedang diperjuang­kan oleh BN.

“Kita mahu semua orang sedar bahawa isu kemiskinan dan kemudahan asas merupakan isu sejagat yang terpaksa dihadapi oleh semua kerajaan di dunia ini. Banyak kerajaan yang gagal sehinggala­h rakyat mereka menderita kelaparan dan kebuluran selain menghadapi ancaman kesihatan dan penyakit.

“Sebaliknya, cara kerajaan kita menyelesai­kan masalah rakyat terutama dalam menyalurka­n bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan cacat dan sebagainya adalah antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Sebab itu jelasnya, jika parti pembangkan­g membawa isu itu bagi menanam kebencian rakyat kepada kerajaan BN, mereka sebenarnya cuba memperbodo­hkan rakyat kerana mereka tahu kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan terbaik dalam aspek membela nasib rakyat hari ini.

 ??  ?? HAMISA bersama masyarakat Murut semasa merasmikan program itu.
HAMISA bersama masyarakat Murut semasa merasmikan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia