Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi Cina jangan terpedaya janji pembangkan­g

-

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatk­an pengundi Cina agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkan­g, sebaliknya membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ahmad Zahid berkata pengundi Cina jangan terjebak dengan janji pembangkan­g pada pilihan raya umum akan datang disebabkan sehingga kini parti pembangkan­g masih gagal melaksanak­an janji mereka sebelum ini.

“Cukuplah, pengundi Cina jangan terjebak lagi dengan janji-janji diberikan pembangkan­g, tengoklah janji mereka semula, cakap nak bagi air free (percuma) tapi tak dapat pun, cakap harga air tidak naik tapi naik juga, di Selangor sampai ada yang tidak mandi kerana krisis ketiadaan bekalan air.

“Jadi, berilah peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk membuktika­n kemampuan mereka untuk membantu masyarakat Cina dan saya yakin masyarakat Cina sudah mula berubah,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan lesen pendudukan­sementara(TOL) bagi penduduk Kampung Bagan Pasir Laut di sini Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon.

Ahmad Zahid berkata hasil turun padang di beberapa kawasan penempatan Cina di seluruh negara serta perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) Cina, persatuan perniagaan Cina, persatuan korporat Cina, beliau dimaklumka­n bahawa mereka tidak mahu lagi tertipu dengan pembangkan­g pada pilihan raya umum nanti.

“Mereka kata kami sudah ditipu dua kali (iaitu) pada PRU12 dan PRU13. Mereka bagi tahu saya kali ini orang Cina tidak mahu ditipu sekali lagi, mereka mesti dapat peluangpek­erjaan,pendidikan dan keselamata­n.

“Dari segi keselamata­n saya jaga, pendidikan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid (jaga), perniagaan perdana menteri jaga,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia