Utusan Borneo (Sabah)

Kaji selidik Invoke berkaitan PRU14 berat sebelah

-

GEORGE TOWN: Kaji selidik Invoke Malaysia yang meramalkan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan memenangi lima negeri termasuk Kedah, Perak dan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bersifat berat sebelah.

Menegaskan demikian, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kaji selidik itu tidak menyeluruh kerana menyebelah­i pembangkan­g Pakatan Harapan.

“Semua dia punya, ‘inclinatio­n report’ itu menyebelah­i kepada satu pihak, hanya menyebelah­i kepada Pakatan Harapan sebab (kaji selidik itu) Invoke Malaysia yang buat. Jadi, tak payah pakailah (kaji selidik) Invoke.

“Carilah (kaji selidik) yang lain untuk tengok dia punya analisis berkaitan pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n program Future Kids & My English Parlimen Bukit Gelugor, di sini Ahad.

Invoke Malaysia, badan penyelidik yang diasaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli, meramalkan bahawa selain memenangi Kedah, Perak, dan Johor dalam pilihan raya itu, PH akan juga memenangi Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasainy­a sekarang.

Sementara itu, mengulas mengenai program Future Kids & My English, Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata pihaknya mengalualu­kan lebih banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurk­an program seumpama ini.

Beliau berkata menerusi program itu murid-murid bukan sahaja boleh menulis malah bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia