Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto PH sekadar ‘cerita lama’ dan ‘kitar semula’: Abang Johari

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatka­n manifesto Pakatan Harapan (PH) termasuk mengembali­kan hak Sarawak sebagai ‘cerita lama.’

Menurut beliau, Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri 22 tahun, tetapi kenapa hari ini beliau mahu berbuat demikian.

“Itu cerita lama… beliau (Tun Mahathir) menjadi 22 tahun, kenapa sekarang?

“Perkaraber­kenaanmala­han tiada kepentinga­n baginya,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT Fair) 2018 di Pusat Konvonsyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Sabtu.

Abang Johari berkata, manifesto PH itu juga sekadar kitar semula untuk pilihan raya.

“Mereka kitar semula sahaja, masa pilihan raya macam-macam janji dibuat, anda pun tahu itu,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak tidak perlu bimbang kerana sehingga kini telah mendapat banyak haknya hasil daripada perbincang­an dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutbel­iau,initermasu­k berkaitan PETROS baru-baru ini apabila Sarawak bakal meneroka sumber semula jadi minyak dan gas menurut perlembaga­annya di bawah Senarai Negeri seperti mana dalam Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Datuk Seri Najib telah memberi banyak hak kepada kita dan satu daripadany­a adalah PETROS (Petroleum Sarawak Berhad).

“Ia adalah hasil daripada perbincang­an dengan Perdana Menteri,” tegasnya.

 ??  ?? ABANG JOHARI turut mencuba simulasi kapal terbang yang dipamerkan sempena SCaT Fair 2018 di BCCK. Turut kelihatan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar juga Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS)...
ABANG JOHARI turut mencuba simulasi kapal terbang yang dipamerkan sempena SCaT Fair 2018 di BCCK. Turut kelihatan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar juga Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia