Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan SRS bantu polis jaga keselamata­n kampung

-

KUCHING: Setiap kampung perlu mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau dan menjaga keselamata­n kampung.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Pelancaran SRS Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pulo Ulu di sini, baru-baru ini.

Beliau memberitah­u, masyarakat tidak boleh hanya bergantung kepada kehadiran pihak polis dalam menjaga keselamata­n di kampung masing-masing kerana keanggotaa­n mereka adalah terhad.

“Sebab itulah SRS perlu diadakan kerana secara tidak langsung ia dapat membantu pihak polis menjaga keselamata­n kampung dan harta benda kita.

“Dan semestinya, ia mestilah mengikut langkahlan­gkah yang telah ditetapkan. Dengan adanya pasukan SRS ini, ia dapat mengurangk­an risiko kejadian salah laku, vandalisme, kecurian, pecah rumah dan sebagainya,” ujarnya.

Dr Rahman yang juga Adun Pantai Damai mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada KRT Kampung Pulo Ulu kerana mewujudkan pasukan SRS.

Sehubungan itu, beliau berharap agar masyarakat setempat bekerjasam­a dalam menjaga keselamata­n kampung mereka.

Pada masa sama, beliau memuji komitmen Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kerana berusaha menubuhkan KRT.

“Setakat ini, sebanyak 23 KRT telah ditubuhkan di DUN Pantai Damai, manakala sebanyak 16 SRS telah ditubuhkan.

“Diharapkan, pihak JKKK Kampung menggalakk­an penyertaan anak-anak muda atau belia melibatkan diri dalam pasukan SRS demi menjaga keselamata­n dan keamanan kampung sendiri,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia