Utusan Borneo (Sabah)

Memastikan pelajar berjaya cabaran terbesar guru: Julaihi

-

KUCHING: Meskipun guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar menghadapi cabaran seperti kemudahan air danelektik,namunmemas­tikan setiap pelajar lulus dalam pelajaran merupakan cabaran terbesar bagi mereka.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, cabaran yang dihadapi guru yang mengajar sekolah di luar bandar adalah berbeza dengan mereka yang berkhidmat di bandar.

Sebagai contoh katanya, di Daerah Simunjan kini terdapat 50 sekolah rendah dan sejak dahulu, masalah pengangkut­an adalah cabaran besar yang harus dihadapi para guru setiap hari.

“Bagaimanap­un, masalah pengangkut­an ini sudah menjadi sejarah kerana semua sekolah termasuk sekolah yang berada dalam kawasan kampung dapat dihubungi dengan jalan raya.

“Dan hari ini, untuk memastikan pelajar menguasai ilmu pengetahua­n dengan sempurna masih menjadi cabaran besar khasnya kepada guru besar,” kata Julaihi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Junjungan Budi Majlis Guru Besar Daerah Simunjan 2018 yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simunjan Awla Dris di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Jumaat.

Julaihi berkata, sebagai ahli politik, beliau akan berusaha membantu para guru besar dalam merealiasi­kan hasrat memastikan anak-anak didik mereka mempunyai ilmu pengetahua­n yang secukupnya.

Bantuan itu katanya, termasukla­h dari segi memberikan sumbangan dana menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

“Saya percaya hal ini sentiasa menjadi tumpuan setiap wakil rakyat terutama di kawasan luar bandar di mana kita mahu semua anakanak di luar bandar mampu berdiri setanding dengan anak-anak di bandar, baik dari segi pencapaian akademik mahupun dari aspek lain,” katanya.

Pada majis itu, Julaihi yang juga Adun Sebuyau turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM30,000 kepada Majlis Guru Besar Daerah Simunjan.

 ??  ?? JULAIHI menyampaik­an cenderamat­a kepada bekas Pegawai School Improvemen­t Partners (SIP) Tay Teck Pin pada Malam Junjungan Budi Majlis Guru Besar Daerah Simunjan 2018.
JULAIHI menyampaik­an cenderamat­a kepada bekas Pegawai School Improvemen­t Partners (SIP) Tay Teck Pin pada Malam Junjungan Budi Majlis Guru Besar Daerah Simunjan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia